Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 10,000 penonton meriahkan konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Pesisiran

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Aug 2022 10:42PM Dikemas Kini : 07 Aug 2022 09:32PM

SINGAPURA: Hampir 10,000 penonton melepaskan kerinduan menyaksikan konsert di Taman di Pesisiran malam ini (6 Ogos) yang kembali meriah dengan persembahan   muzik, lakonan dan komedi.

Selepas ditiadakan selama dua tahun dek pandemik COVID-19, Konsert Hari Kebangsaan diadakan secara fisikal dengan kehadiran penonton untuk meraikan ulang tahun ke-57 Singapura.

Ini adalah kali keempat Mediacorp dan Taman di Pesisiran bekerjasama untuk mementaskan  perayaan ulang tahun Singapura ini.

Penonton dihiburkan dengan penampilan Rui En dan Taufik Batisah yang mendendangkan tema NDP 2005 "Reach Out for the Skies", selain persembahan bakat-bakat tanahair yang lain.

“Ketika kami mula menganjurkan konsert ini, jumlah penonton adalah kira-kira 200,000. Sepanjang tiga empat edisi yang lalu, kami jumlahnya meningkat  kepada 800,000 penonton,bermakna Konsert Hari Kebangsaan ini menjadi salah satu acara utama, dan  kami akan terus menganjurkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Taman di Pesisiran, Felix Loh.

Presiden Halimah Yacob yang turut hadir bersama suami beliau  Muhammad Abdullah Alhabshi, mengalu-alukan konsert itu yang menggalakkan warga Singapura untuk datang bersama   keluarga serta teman-teman mereka bagi menikmati persembahan dan sama-sama meraikan Hari Kebangsaan.

"Jadi bagi saya yang penting ialah konsert ini  menggalakkan warga Singapura bersama keluarga, rakan-rakan mereka sama-sama dapat menunjukkan sokongan kita, semangat kita dalam perayaan Hari Kebangsaan," ujar beliau.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan