Hampir 1,000 haiwan dilahirkan, menetas di 4 taman hidupan liar SG pada 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Anak burung penguin gentoo dan mamalia 'sloth'. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
SINGAPURA: Hampir 1,000 haiwan dilahirkan atau menetas di empat taman hidupan liar Singapura tahun lalu, sekali gus memberi tambahan kepada jumlah spesies yang terancam.
Sebanyak 998 anak haiwan dari 143 spesies disambut secara kolektif di Bird Paradise, Night Safari, River Wonders, dan Taman Haiwan Singapura, menurut Mandai Wildlife Group pada Khamis (27 Mac).
Bilangan ini lebih tinggi daripada 970 anak haiwan dari 128 spesies yang direkodkan pada 2023, yang sebelum ini dikatakan oleh kumpulan itu sebagai jumlah kelahiran dan penetasan tertinggi dalam sedekad yang lalu.
“Dengan setiap kedatangan baharu, kami mengukuhkan komitmen kami untuk mengekalkan populasi yang mampan di taman-taman kami dan menyumbang kepada usaha pemuliharaan jangka panjang,” kata Dr Cheng Wen-Haur, yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Sains Hayat Mandai Wildlife Group.
Kumpulan itu menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa 34 daripada spesies yang direkodkan pada 2024 disenaraikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Ini termasuk spesies yang sangat terancam seperti tikus kanggaru woylie dan spesies terdedah seperti 'anteater' (tenggiling rambut) gergasi dan manati (manatee) India Barat.
Daripada 143 spesies yang berjaya dibiakkan tahun lalu, 23 adalah sebahagian daripada program pembiakan yang diuruskan secara antarabangsa seperti Program Ex-situ Persatuan Eropah bagi Taman Haiwan dan Akuarium.
Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk mengekalkan populasi yang sihat dan mampan secara genetik di bawah jagaan manusia sambil turut menyokong usaha pemuliharaan di alam liar, menurut kenyataan itu.
BIRD PARADISE
Bird Paradise menyambut kumpulan anak burung penguin, dengan tiga anak penguin gentoo.
Dua daripadanya adalah dari burung penguin yang pertama kali menjadi ibu bapa, Riki dan Peach.
Anak-anaknya menetas selang dua hari, menurut laman Mandai Wildlife Reserve, yang mencatat bahawa ini adalah pencapaian penting, yang menunjukkan bahawa burung penguin gentoo membesar dengan baik dalam habitat air masin sejuk yang dibina khas untuk burung-burung penguin itu.
Ocean Network Express Penguin Cove di Bird Paradise menjadi rumah kepada empat spesies burung penguin - gentoo, Humboldt, 'king' dan 'northern rockhopper'.
"Semua tiga anak burung penguin telah mula memiliki bulu dewasa dan dapat dilihat berjalan di sekitar habitat mereka, dengan ibu bapanya mengikuti rapat di belakang," kongsi Mandai Wildlife Group.
Burung daun sayap biru, sejenis itik Madagascar dan itik Meller juga mencatat kejayaan pertama di taman-taman hidupan liar itu, dengan anak-anak burung cinta (lovebird) Nyasa dan burung penghisap madu (honeycreeper) hijau menetas buat pertama kali selepas lebih tujuh tahun.
"Untuk memastikan kelangsungan hidupnya, telur yang diabaikan atau ditinggalkan di kandang burung besar telah selamat diambil dan dieram di pusat pembiakan dan penyelidikan," menurut kumpulan itu.
Anak-anak burung yang baru menetas kemudian dibesarkan sendiri dan secara beransur-ansur didedahkan kepada suhu dan kelembapan yang berbeza, sebelum akhirnya mempersiapkan burung-burung itu untuk dilepaskan ke dalam kandang burung yang lebih besar.
RIVER WONDERS
Seekor anak 'anteater' gergasi dan seekor anak manati India Barat dilahirkan di bawah program ex-situ tersebut.
Anak manati tersebut diberi makan dengan menggunakan botol dan dijaga sepanjang masa kerana tiada tingkah laku penyusuan yang dilihat daripada ibunya, jelas kumpulan itu.
Kejayaan lain adalah katak Tasik Titicaca yang terancam, yang dibiakkan dalam tahun yang sama ia pertama kali dipamerkan, dan ikan 'discus' biru, ikan tropika yang berasal dari Amerika Selatan, dengan lebih 80 ikan menyertai kumpulan ikan tersebut.
TAMAN HAIWAN SINGAPURA
Taman Haiwan Singapura menyambut kelahiran lima anak meerkat, iaitu kelahiran pertama spesies ini sejak 2019.
Anak kembar itu boleh didapati di 'Great Rift Valley of Ethiopia' manakala anak kembar tiga itu pula ditempatkan di 'Wild Africa'.
Kumpulan itu juga menarik perhatian kepada kehadiran seekor monyet proboscis, kerana spesiesnya diklasifikasikan sebagai terancam disebabkan kehilangan habitat akibat penebangan hutan.
Dua monyet Goeldi, yang pertama dalam sembilan tahun, bersama empat lemur ekor gelang memperluaskan lagi keluarga primat zoo itu.
Dalam usaha pembiakan reptilia dan amfibia, Taman Haiwan Singapura berjaya membiakkan katak mantella emas yang terancam dan katak beracun kaki hitam.
Pasukan jagaan haiwan menyesuaikan keadaan air dan mensimulasikan perubahan musim untuk meningkatkan kejayaan, dengan 31 anak katak mantella emas direkodkan – jumlah tertinggi dalam tiga tahun.
Selain itu, usaha juga dilakukan untuk mewujudkan koloni jaminan bagi serangga daun Chrisangi, spesies yang berasal dari Singapura yang hanya ditemui pada 2017, untuk melindungi mereka daripada pupus.
NIGHT SAFARI
Tiga rusa sambar Malaya, lima rusa barasingha, dan seekor rusa hutan telah diperkenalkan ke Night Safari dan dibawa ke habitat bebas yang terletak di laluan Safari Tram Adventure.
Tiga anak kambing liar markhor Turkmenistan juga dilahirkan, iaitu anak pertama spesies itu dalam lima tahun.
Di Tasmanian Devil Trail, penjaga menyambut seekor tikus kanggaru 'woylie'. Ini adalah anak kelima spesies yang sangat terancam itu sejak 2021.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.