Hampir 1,000 flat BTO akan ditawarkan di Punggol pada Feb
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: HDB
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sebanyak 962 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol yang penjualannya akan dilancarkan pada bulan ini.
Tempoh menunggu bagi projek tersebut, yang dinamakan Matilda Riverside, adalah selama tiga tahun dan satu bulan, iaitu tempoh menunggu yang paling singkat bagi pelancaran flat BTO terbaharu itu.
Ia juga adalah projek BTO pertama yang dilancarkan di Punggol dalam tempoh lebih empat tahun. Projek terakhir – Punggol Point Crown dan Punggol Point Cove – telah dilancarkan pada September 2019.
Matilda Riverside akan menawarkan pelbagai jenis flat, daripada flat Flexi dua bilik hingga ke flat lima bilik.
Sebahagian besar flat yang ditawarkan dalam pelancaran kali ini mempunyai tempoh menunggu kurang daripada tiga setengah tahun. Projek-projek lain yang disertakan dalam pelancaran kali ini adalah di kawasan-kawasan seperti Bedok, Queenstown, Choa Chu Kang, Hougang dan Woodlands.
Projek Matilda Riverside akan ditempatkan bersebelahan dengan Kolam Air Punggol di Daerah Matilda, salah satu daripada tujuh daerah perumahan tepi laut di Punggol.
Daerah ini akan memanfaatkan lokasinya di tepi laut untuk menampilkan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok dengan kanopi yang besar atau "ruang hijau" yang dihubungkan dengan kawasan tepi pantai.
KAWASAN HIJAU, KETERSAMBUNGAN
Unit-unit di Matilda Riverside direka sedemikian rupa untuk menawarkan "pemandangan panoramik kawasan tepi laut dan ruang halaman di antara blok-blok perumahan," menurut HDB.
Projek ini terdiri daripada tujuh blok kediaman dengan ketinggian antara 10 hingga 19 tingkat.

Para penduduk akan dapat mengakses pelbagai kemudahan dengan mudah. Ini termasuk taman permainan, kemudahan kecergasan, gelanggang keras, pusat rangkaian penduduk, prasekolah dan ruang hijau untuk dikongsi bersama, yang akan menempatkan sebuah gelanggang serba guna.
Taman atas bumbung di atas tempat letak kereta bertingkat projek itu akan dilengkapi dengan ruang berkebun masyarakat, manakala laluan berbasikal dan berjoging di Sumang Lane akan menyediakan akses langsung ke promenade tepi pantai dan Penghubung Taman Punggol.
PENJUALAN BTO PADA FEBRUARI
Selain flat-flat BTO, sebanyak 1,500 unit akan ditawarkan di bawah Jualan Baki Flat pada bulan ini.
Para pemohon flat mestilah mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang sah sebelum mereka boleh memohon flat baharu, menurut HDB.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.