Hampir 100 lubang jalan dikesan di merata SG pada awal Jan 2025: LTA
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura setakat 12 Januari ini.
Anggaran Waktu Membaca:

Petikan dari Facebook/ROADS.sg
SINGAPURA: Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura setakat 12 Januari ini.
Ini termasuk beberapa lubang jalan di sekitar Tanah Merah Coast Road yang terbentuk pada 10 dan 11 Januari lalu berikutan hujan lebat.
Demikian menurut jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kiriman emel pada Selasa (14 Jan) bagi menjawab pertanyaan BERITA Mediacorp mengenai video di Facebook yang memaparkan pembentukan lubang jalan di Tanah Merah Coast Road.
Dalam video sepanjang 4 minit itu, seorang pengayuh basikal merakam pembentukan lubang-lubang jalan di sepanjang Tanah Merah Coast Road sekitar pukul 6.48 petang pada Sabtu (11 Jan).
Menurut LTA, kesemua lubang jalan itu telah dibaiki pada keesokan harinya.
LTA menambah, kawasan jalan raya yang sama itu telah diperiksa pada Khamis lalu (9 Jan) dan hanya satu lubang jalan dikesan di mana ia dibaiki dengan segera.
"Pembentukan lubang pada permukaan jalan raya adalah sebahagian daripada haus dan lusuh biasa. Lubang-lubang itu lazimnya dibaiki sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pemeriksaan, penyelenggaraan dan penurapan semula jalan secara berkala.
"Lubang jalan terbentuk apabila air meresap ke dalam rekahan dan ia bertambah meluas apabila kenderaan melintasinya. Pembentukannya bahkan bertambah buruk akibat hujan lebat yang berterusan," jelas seorang jurucakap LTA dalam kiriman emel kepada BERITA Mediacorp.
Menurut LTA, jumlah lubang jalan yang dikesan pada awal Januari tahun ini adalah lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu, di mana 776 lubang jalan dikesan.
Bagi mengurangkan kesan hujan lebih lebat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, LTA mengutamakan kerja-kerja penurapan jalan di lorong perlahan yang dilintasi oleh lebih banyak kenderaan berat dan jalan-jalan raya dengan jumlah lalu lintas yang tinggi.
Orang awam boleh melaporkan sebarang isu atau kerosakan di jalan raya menerusi laman LTA, fungsi 'Snap & Send' di aplikasi mudah alih MyTransport.SG atau melalui aplikasi oneService.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.