Skip to main content

Singapura

Hampir 1 juta isi rumah akan terima rebat U-Save, S&CC bulan depan

Hampir sejuta isi rumah yang menetap di flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan menerima rebat U-Save serta Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 1 juta isi rumah akan terima rebat U-Save, S&CC bulan depan

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Hampir sejuta isi rumah yang menetap di flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan menerima rebat U-Save serta Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada bulan depan.

Rebat tambahan turut akan diberikan pada Julai dan Oktober tahun ini serta Januari tahun depan.

Keluarga yang layak juga akan menerima rebat berganda bagi bil api air dalam agihan kali ini.

Ini dapat membiayai sekitar lapan hingga 10 bulan bil api air bagi isi rumah yang tinggal di flat satu dan dua bilik.

Bagi isi rumah flat tiga dan empat bilik pula, nilainya mampu menampung bil api air empat hingga enam bulan.

Agihan tersebut adalah sebahagian daripada Skim Baucar GST dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan, yang bertujuan membantu rakyat Singapura menangani inflasi yang meningkat dan kesan kadar GST yang lebih tinggi.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita