Hampir 1,400 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam bas Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas
Hampir 1,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai ditemui disembunyikan dalam bas berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas minggu lalu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (4 Mac).
Hampir 1,400 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui disembunyikan dalam bas berdaftar di Malaysia. (Gambar: ICA)
SINGAPURA: Hampir 1,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai ditemui disembunyikan dalam bas berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas minggu lalu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (4 Mac).
Para pegawai mengesan keganjilan semasa meneliti imej imbasan bas itu pada 28 Feb, dan kenderaan itu diarah menjalani pemeriksaan lanjut, dedah ICA dalam catatannya di laman Facebook.
Semasa ICA memeriksa bas itu, mereka menemui 1,376 karton dan 740 paket rokok yang tidak dibayar cukai disembunyikan di ruang atas bas. Rokok-rokok itu ditutup dengan beg plastik berwarna hitam.
(Gambar: ICA)
Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 26 tahun dirujukkan ke Kastam Singapura bagi siasatan lanjut, menurut ICA.
(Gambar: ICA)
"Cara seumpama ini menjadi keprihatinan kerana ia mungkin digunakan oleh orang lain dengan niat jahat untuk menyeludup barangan yang mengancam keselamatan ke Singapura," jelas ICA.
(Gambar: ICA)
Bas yang digunakan untuk mengangkut pekerja itu boleh dirampas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.