Skip to main content

Singapura

Halloween Horror Nights 2018 di USS, janjikan pengalaman paling menakutkan

Edisi ke-8 acara tahunan ini dijamin lebih seram dan mendebarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Halloween Horror Nights 2018 di USS, janjikan pengalaman paling menakutkan

Halloween Horror Nights USS. (Gambar: RWS)

Diterbitkan : 08 Jul 2018 11:37PM Dikemas Kini : 08 Jul 2018 11:38PM

SINGAPURA: Acara tahunan Halloween Horror Nights (HNN) di Universal Studios Singapore kembali dengan edisi kelapan, 27 September ini hingga 31 Oktober, Kali ini ia menampilkan lima rumah hantu yang menakutkan, tiga pertunjukan 'live' dan dua zon seram.

Daya tarikan utamanya adalah empat buah rumah hantu yang bertemakan kisah-kisah paling menakutkan dalam cerita rakyat Asia seperti legenda Kuntilanak yang terbukti menjadi pilihan ramai pengunjung Singapura.

Dengan tema Infinite Fear, para penggemar akan dapat menikmati pengalaman super seram tiada henti di taman bermain ini.

Ini termasuk rumah hantu paling interaktif dalam sejarah HNN USS, bilik-bilik rahsia penuh pontianak di Killuminati yang menjanjikan kejutan serta aksi-aksi yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Dua lagi rumah hantu akan mengungkap kisah dua hantu ikonik dalam cerita rakyat Asia iaitu kisah hantu Jepun, Yotsuya dan legenda Pontianak.

Di rumah hantu Pontianak, para pengunjung akan memasuki sebuah kampung Melayu dan cuba bertahan apabila mengalami sendiri pelbagai adegan serta cerita seram Pontianak di depan mata mereka, mulai dari bagaimana ia terjadi, sampai pohon pisang tempat ia tinggal, dan tempat ia mencari korban berikutnya.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk memasuki rumah hantu 'Stranger Things' iaitu kerjasama pertama USS dengan siri tv 'Stranger Things' dari Netflix.

HNN USS berlangsung sepanjang 18 hujung minggu, termasuk malam tambahan pada 27 September. Jualan tiket awal sudah bermula sehingga 12 Ogos pada harga S$55 (bukan waktu sibuk) dan S$65 (waktu sibuk), manakala tiket biasa boleh dibeli pada harga S$58 (bukan waktu sibuk) dan S$68 (waktu sibuk).

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita