Skip to main content

Singapura

Hala tuju baru STB utamakan kemampanan, tenaga kerja berdaya saing

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Oct 2022 08:51PM Dikemas Kini : 25 Oct 2022 08:57PM
SINGAPURA: Mengutamakan kemampanan dalam usaha memastikan agar industri perhotelan di Singapura kekal berdaya tahan dan berdaya saing.

Ia adalah sebahagian daripada Hala Tuju Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk menyuntik kesegaran kepada industri perhotelan tempatan menjelang 2025.

Ini sedang sektor pelancongan dijangka kembali pulih sepenuhnya menjelang pertengahan 2020an.

Menyediakan kopi dengan kejituan teknologi robot.

Syarikat robotik Ross Digital adalah salah satu daripada sekitar 800 syarikat yang terlibat dalam pameran Makanan dan Hotel Asia - Restoran dan Kafe Hotel (FHA-HoReCa).

Menurut CEO Gavin Pathross, robot-robot itu juga dapat membantu mengurangkan pembaziran makanan dengan ketara.

Memacu kemampanan dari segi pengurangan pembaziran misalnya, adalah salah satu daripada empat strategi yang dibentangkan dalam Perancangan Perubahan Industri Hotel 2025 yang baru.

Perancangan Perubahan Industri itu juga bertujuan membantu hotel-hotel mengamalkan huraian teknologi seperti penggunaan analitik data canggih untuk memahami para pelanggan dengan lebih baik.

Selain itu, ia juga mengutamakan usaha membangunkan tenaga kerja yang kukuh dalam sektor pelayanan.

Ini termasuk mereka semula pekerjaan sedia ada agar lebih berpuas hati serta melatih kakitangan untuk menyandang jawatan baru.

Lebih banyak peluang pekerjaan juga boleh dijangkakan.
 
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita