Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hakim tolak tuntutan balas Leong Sze Hian

Hakim Mahkamah Tinggi menolak tuntutan balas penulis blog Leong Sze Hian terhadap saman fitnah Perdana Menteri Lee Hsien Loong terhadapnya dan dengan itu membolehkan tuntutan saman itu dibicarakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim tolak tuntutan balas Leong Sze Hian

Leong Sze Hian (kiri) dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar-Gambar: Leong Sze Hian, Tang See Kit/Facebook)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 01:03PM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 01:06PM

SINGAPURA: Hakim Mahkamah Tinggi menolak tuntutan balas penulis blog Leong Sze Hian terhadap saman fitnah Perdana Menteri Lee Hsien Loong terhadapnya dan dengan itu membolehkan tuntutan saman itu dibicarakan.

Dalam penghakiman bertulisnya pada hari Selasa (12 Mac), Hakim Aedit Abdullah berkata bahawa tuntutan balas Encik Leong "tidak mengandungi apa-apa langkah tindakan yang diiktiraf, mahupun yang munasabah".

Peguam bela Encik Leong, Encik Lim Tean, sebelum ini memfailkan tuntutan balas yang mendakwa bahawa saman yang difailkan PM Lee terhadapnya adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Namun, Hakim Aedit Abdullah menyatakan bahawa beliau tidak menemui apa-apa pun dalam keputusan Mahkamah Rundingan yang "menunjukkan sebarang penyalahgunaan kuasa dalam proses berkenaan".

Merujuk kepada saman yang difailkan PM Lee, hakim menyatakan bahawa kes tersebut "melibatkan isu-isu yang boleh dibicarakan" dan ia tidak sesuai bagi pihak mahkamah untuk membuat sebarang pentakrifan buat masa ini".

Hakim juga menarik perhatian kepada kes-kes yang dirujuk oleh PM Lee bagi menunjukkan bahawa dakwaan rasuah dan tindakan jenayah terhadapnya adalah "tuduhan yang amat serius" terutama sekali ke atas Perdana Menteri sesebuah negara, dan ia merupakan satu "serangan ke atas nama baik" dan mencemari "kewibawaan" beliau.

Menurut Hakim Aedit Abdullah, beliau juga tidak dapat menerima hujah-hujah Encik Leong yang mendakwa bahawa kenyataan-kenyataan Pemerintah untuk membuktikan kepalsuan dalam catatan Facebook dan artikel beliau tidak mencemari nama baik plaintif.

Hakim memutuskan kos diberikan kepada PM Lee bagi permohonan Encik Leong untuk membatalkan saman fitnah dan permohonan PM Lee untuk membatalkan tuntan balas Encik Leong.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan