Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman angkat sumpah jawatan di Istana
Seorang hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana pada Selasa (5 Jul) di hadapan Pengerusi Majlis Penasihat Presiden Eddie Teo.
Hakim Christopher Scott Sontchi dilantik menjadi Hakim Antarabangsa di Mahkamah Antarabangsa Komersil Singapura.
Beliau pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Kemuflisan Amerika Syarikat bagi Daerah Delaware. Hakim Sontchi mempunyai pengalaman guaman selama 30 tahun.
Encik Goh Yihan pula mengangkat sumpah jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Agung Singapura selama dua tahun.
Beliau ialah Naib Presiden Akademi Undang-Undang Singapura dan anggota Lembaga Kolej Kehakiman Singapura.
Sebelum ini, Encik Goh berkhidmat dalam bidang akademi sejak 2008.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.