Hakim mohon laporan kesesuaian probesen, latihan pemulihan bagi remaja ceroboh landasan MRT, panjat bumbung blok HDB
Seorang remaja yang menceroboh landasan MRT antara stesen MRT Simei dengan stesen MRT Tanah Merah pada awal tahun ini, memanjat struktur perancah untuk mengakses kawasan larangan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang remaja yang menceroboh landasan MRT antara stesen MRT Simei dengan stesen MRT Tanah Merah pada awal tahun ini, memanjat struktur perancah untuk mengakses kawasan larangan itu.
Remaja itu yang tidak boleh dinamakan kerana identitinya dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, berlegar-legar di landasan MRT itu selama tempoh sehingga 10 minit dan memuat naik ke media sosial video MRT yang berlalu di landasan itu.
Remaja itu, kini berusia 17 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (25 Nov) atas satu tuduhan di bawah Akta Sistem Transit Rapid kerana sengaja membahayakan keselamatan dan satu tuduhan menceroboh.
Satu lagi tuduhan menceroboh dan satu tuduhan menghalang proses keadilan akan diambil kira dalam menentukan hukuman.
Tuduhan itu memperincikan bagaimana remaja itu memadamkan akaun Instagramnya dan mengarah teman-temannya supaya berbohong di Instagram bahawa video itu berkemungkinan dicipta melalui kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Ketua Hakim Daerah Kessler Soh menangguhkan kes itu selepas memohon laporan kesesuain percubaan dan latihan pemulihan bagi remaja itu.
Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 2 Disember, dengan keputusan penghakiman ditetapkan pada 6 Januari tahun depan.
Atas kesalahan membahayakan keselamatan dengan sengaja di bawah Akta Sistem Transit Rapid, individu yang disabit bersalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Atas kesalahan menceroboh, individu itu boleh dipenjara sehingga tiga bulan, atau didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.