Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hakim kanan baru dilantik bagi Mahkamah Agung

Hakim Chao Hick Tin dilantik sebagai hakim kanan di Mahkamah Agung oleh Presiden Halimah Yacob.

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim kanan baru dilantik bagi Mahkamah Agung

Hakim Chao akan menyadang jawatan sebagai hakim kanan di Mahkamah Rayuan. (Gambar: Mahkamah Agung Singapura)

Diterbitkan : 22 Dec 2017 02:00PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 02:06PM

SINGAPURA: Hakim Chao Hick Tin dilantik sebagai hakim kanan di Mahkamah Agung oleh Presiden Halimah Yacob.

Mahkamah Agung Singapura menyatakan hari ini (22 Dis) bahawa Hakim Chao akan menyandang jawatan itu pada 5 Januari depan, selama tiga tahun.

Hakim Chao, yang ditugaskan ke Mahkamah Rayuan, baru-baru ini bersara sebagai Hakim Rayuan setelah lebih 50 tahun berkhidmat.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Peguam Negara pada tahun 2006 dan kembali ke Mahkamah Agung sebagai Hakim Rayuan dan naib presiden Mahkamah Rayuan pada 2008.

Upacara angkat sumpah bakal diadakan di Istana pada 8 Januari 2018, menurut kenyataan media yang dikeluarkan.

Kenyataan itu turut mengumumkan bahawa Hakim Andrew Ang, Hakim Tan Lee Meng dan Hakim Lai Siu Chiu akan dilantik semula sebagai hakim kanan Mahkamah Agung, juga buat tiga tahun.

(Dari kiri) Hakim Andrew Ang, Hakim Tan Lee Meng dan Hakim Lai Siu Chiu dilantik semula sebagai hakim kanan Mahkamah Agung.

(Dari kiri) Hakim Andrew Ang, Hakim Tan Lee Meng dan Hakim Lai Siu Chiu. 

Sementara itu, Hakim Chan Sek Keong dan Hakim Kan Ting Chiu pula akan menamatkan penggal khidmat mereka sebagai hakim kanan pada 4 Januari 2018.

Dengan pelantikan baru, pelantikan semula dan tamat penggal khidmat itu Mahkamah Agung akan mempunyai empat hakim kanan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan