Hakim Besar Sundaresh Menon bersara selepas lebih 14 tahun; Sushil Nair dilantik pengganti
Anggaran Waktu Membaca:
- Hakim Besar Sundaresh Menon akan bersara pada 26 Februari 2027 selepas lebih 14 tahun menerajui badan kehakiman Singapura.
- Hakim Sushil Sukumaran Nair, yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan perkhidmatan awam, akan menggantikan Menon sebagai Hakim Besar kelima negara itu.
- Di bawah kepimpinan Menon, pelbagai pembaharuan dilaksanakan termasuk transformasi digital mahkamah, penubuhan institusi baharu, dan penekanan terhadap integriti serta kecemerlangan kehakiman.
- Nair berjanji untuk meneruskan usaha memperkukuh kebebasan, integriti dan keadilan mahkamah demi kepentingan rakyat Singapura.
SINGAPURA: Hakim Besar, Sundaresh Menon, akan bersara pada 26 Februari 2027 selepas lebih 14 tahun menerajui badan kehakiman Singapura, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (17 Jul).
Beliau, 64 tahun, akan digantikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi, Sushil Sukumaran Nair, 62 tahun, yang bakal menjadi Hakim Besar kelima Singapura.
Menurut PMO, sejak dilantik sebagai Hakim Besar pada 6 November 2012, Encik Menon telah memimpin badan kehakiman Singapura melalui tempoh perubahan yang ketara.
"Badan kehakiman telah memperkukuh asas institusinya, memodenkan pentadbiran keadilan, meningkatkan akses kepada sistem keadilan serta mengukuhkan keyakinan awam terhadap kedaulatan undang-undang," menurut PMO.
Encik Menon, yang dilantik ke jawatan itu ketika berusia 50 tahun, turut mengetuai beberapa pembaharuan utama, termasuk mempercepat transformasi digital mahkamah serta penubuhan Bahagian Rayuan Mahkamah Tinggi bagi mempercepat proses pendengaran dan penyelesaian rayuan.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Mahkamah Komersial Antarabangsa Singapura (SICC) dan Jawatankuasa Antarabangsanya, sekali gus memperkukuh kedudukan Singapura sebagai pusat penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa.
Di bawah kepimpinannya, Mahkamah Keadilan Keluarga dan Mahkamah Belia turut memperkenalkan pendekatan keadilan terapeutik, yang memberi tumpuan kepada punca konflik melalui kerjasama antara hakim dengan kaunselor dalam pasukan pelbagai disiplin.
PMO turut menyatakan sepanjang tempoh perkhidmatannya, Encik Menon memberi penekanan terhadap kecemerlangan kehakiman, integriti serta pembelajaran berterusan, termasuk penubuhan Kolej Kehakiman Singapura, yang menjadi institusi utama latihan kehakiman negara.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Encik Menon telah berkhidmat dengan cemerlang dan berjaya memperolehi keyakinan rakyat Singapura serta penghormatan komuniti perundangan antarabangsa.
"Saya berterima kasih atas khidmat beliau yang luar biasa. Saya yakin Hakim Sushil Nair akan meneruskan legasi ini dan terus mempertahankan kecemerlangan, integriti serta kebebasan badan kehakiman Singapura," kata Encik Wong.
Sushil Nair bakal dilantik sebagai Hakim Besar yang kelima.

Hakim Nair menyertai badan kehakiman sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 April 2025 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.
Pada 15 Jun 2026, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Sebelum menyertai badan kehakiman, beliau mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang perundangan, termasuk sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Drew & Napier LLC serta mengetuai kumpulan amalan penyusunan semula korporat dan pemulihan syarikat.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam sektor perkhidmatan awam.
Pada 2022, beliau menerima Anugerah Friends of MCCY atas sumbangannya dalam rundingan pengambilalihan Hab Sukan Singapura oleh Sport Singapore.
Setahun kemudian, beliau dianugerahkan Bintang Bakti Masyarakat (COVID-19) atas sumbangannya dalam penggubalan Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah-Langkah Sementara) yang membantu perniagaan dan individu yang terjejas akibat pandemik.
Mengulas persaraannya, Encik Menon berkata beliau amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk memimpin badan kehakiman Singapura selama hampir satu setengah dekad.
Beliau menyifatkan jawatan itu sebagai satu panggilan untuk berkhidmat dan merakamkan penghargaan kepada pemerintah kerana memberinya peluang memegang jawatan tersebut sejak 2012.
Sementara itu, Hakim Nair berkata beliau berasa amat berbesar hati dengan pelantikan tersebut dan sedar akan tanggungjawab besar yang bakal dipikul.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Encik Menon atas kepimpinan dan sumbangannya dalam memperkukuh keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan serta meningkatkan reputasi Singapura dalam bidang kehakiman di peringkat antarabangsa.
Hakim Nair berkata beliau akan terus mempertahankan kebebasan dan integriti mahkamah, menegakkan kedaulatan undang-undang serta memastikan keadilan terus dilaksanakan secara saksama, adil dan berkesan demi kepentingan rakyat Singapura.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.