Hakim Besar SG tolak permohonan ikat jamin buruan Indonesia Paulus Tannos
Hakim Besar Sundaresh Menon pada Khamis (2 Okt) menolak permintaan buruan Indonesia, Paulus Tannos, untuk memohon semula ikat jamin bagi dirinya.
Gambar menunjukkan Paulus Tannos, yang direman di Singapura sejak 17 Januari 2025. (Gambar: Petikan skrin daripada kpk.go.id)
Tannos, 71 tahun, gagal meyakinkan mahkamah bahawa dia "sakit atau lemah" mengikut undang-undang, iaitu salah satu pengecualian yang membolehkan seseorang buruan diberikan ikat jamin.
Secara lazimnya, suspek yang ditangkap di bawah Akta Ekstradisi tidak diberi ikat jamin.
Menurut dokumen yang ditunjukkan di mahkamah, Tannos menghidap penyakit jantung iskemik dan kencing manis.
Tannos, yang juga seorang Penduduk Tetap (PR), direman di Penjara Changi sejak Januari selepas diberkas oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Dia dikehendaki di Indonesia kerana disyaki terlibat kes rasuah yang dikaitkan dengan projek kad ID elektronik pemerintah.
Kes rasuah yang dikatakan berlaku itu dipercayai menyebabkan negara itu kerugian sekitar 2.3 trilion rupiah (S$180.2 juta).
Tannos adalah kes pertama di bawah perjanjian ekstradisi antara Singapura dan Indonesia yang mula berkuat kuasa pada 2024.
Dia berulang kali menolak untuk diserahkan kepada Indonesia, dan perbicaraan ekstradisinya bermula di Mahkamah Negara pada Jun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.