Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hakim Besar kurangkan hukuman penjara lelaki yang beli rekod vaksin palsu

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim Besar kurangkan hukuman penjara lelaki yang beli rekod vaksin palsu

Mahkamah Tinggi Singapura. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

Diterbitkan : 20 Sep 2023 07:14PM Dikemas Kini : 20 Sep 2023 11:34PM
SINGAPURA: Hakim Besar pada Rabu (20 Sep) meluluskan rayuan seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 16 minggu kerana menipu Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk percaya bahawa dia sudah divaksin.


Hukuman penjaranya kini dikurangkan kepada 12 minggu.

Pada masa yang sama, Hakim Besar Sundaresh Menon menegur mahkamah rendah atas amalan kehakiman yang tidak "memuaskan" dengan tidak menyertakan sebahagian besar hujah pendakwa untuk membuat keputusannya.

Hakim Besar Sundaresh Menon berkata bahawa hakim mahkamah rendah, Hakim Daerah Soh Tze Bian, berniat untuk menjatuhkan hukuman tanpa mendengar bukti lisan, yang merupakan perkara yang sering dilakukan.

David Christopher Newton, 44 tahun, seorang warga Australia, sudah menjalani hukuman penjara 16 minggu yang ditetapkan mahkamah rendah. Dia juga sudah meninggalkan Singapura, namun masih mengemukakan rayuan kerana merasakan dirinya tidak mendapatkan "perbicaraan yang adil".


Peguam Newton, Paul Loy dari WongPartnership, membuat rayuan terhadap hukuman tersebut atas dua sebab, hukuman yang diberikan adalah melampau dan hakim daerah bersifat berat sebelah.

Untuk menyokong dakwaannya, Encik Loy menarik perhatian terhadap bagaimana Hakim Soh sudah menyediakan sebab-sebab ke atas keputusannya, sebelum kedua-dua pihak memberi bukti lisan pada 27 April tahun ini.

Selain itu, sebahagian besar sebab mengapa Hakim Soh membuat keputusan tersebut diambil daripada hujah pendakwa, termasuk menyalin semula rujukan silang daripada hujah pendakwa.

Hakim Besar Menon berkata meskipun mahkamah menganggap kelakuan Hakim Soh sebagai "tidak memuaskan
dari perspektif apa yang dikira sebagai amalan kehakiman yang boleh diterima," ia tidak cukup untuk menganggapnya sebagai "berat sebelah".


Amalan yang biasa dilakukan adalah hujah lisan "selalunya dibuat" dan Encik Loy bersedia untuk melakukannya, kata Hakim Besar Menon.

"Di bawah keadaan ini, saya anggap bahawa kelakuan hakim daerah secara keseluruhan adalah tidak memuaskan," tambahnya.

Sekalipun demikian, Hakim Besar menilai semula kes Newton dan mendapati bahawa hukuman penjara 12 minggu lebih sesuai. Beliau mendapati bahawa kes yang digunakan untuk menentukan tempoh hukuman penjara tidak sesuai dan menilai kes Newton sebagai kes baharu.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan