Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hakim Besar gesa peguam pelatih 'perbaiki diri', dapatkan bimbingan mentor

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim Besar gesa peguam pelatih 'perbaiki diri', dapatkan bimbingan mentor

Peguam-peguam muda yang tiba di mahkamah. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

SINGAPURA: Hakim Besar Sundaresh Menon pada Isnin (26 Sep) menggesa 11 peguam pelatih yang menipu semasa peperiksaan kelayakan pada 2020 supaya bermuhasabah dan bersikap kritis.

Beliau juga menaruh harapan agar kontroversi baru-baru ini sudah menemui penghujungnya.

Mereka juga harus mendapatkan bimbingan daripada para mentor dalam bidang undang-undang, di samping memahami betapa pentingnya untuk bermuhasabah, menurut Hakim Besar semasa menerangkan keputusannya mengenai empat calon yang pada bulan lalu menarik balik permohonan mereka untuk menjadi peguam.

Tujuh peguam pelatih yang lain juga menarik balik permohonan mereka.

Kes berprofil tinggi itu terbongkar pada April, dengan seorang peguam Mahkamah Tinggi memilih untuk menamakan sebilangan daripada mereka secara terbuka tidak lama kemudian.

Kesemua 11 calon didapati menipu Bahagian B peperiksaan kelayakan yang para siswazah harus lulus untuk layak mengamalkan undang-undang di Singapura.

Peperiksaan tersebut dijalankan secara online disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Bahagian B pula adalah peperiksaan buku terbuka di mana para calon dibenarkan untuk merujuk kepada nota serta bahan-bahan rujukan yang lain.

Semasa memulakan dan mengakhiri penghakimannya, Hakim Besar Menon turut memberi nasihat kepada para calon.

Masa yang mereka ada sebelum memohon semula seharusnya dimanfaatkan untuk "bermuhasabah dan memperbaiki diri", kata Hakim Besar.

Beliau menambah, sekalipun mereka perlu membuktikan bahawa perwatakan mereka sudah bertambah baik, ia juga lebih penting untuk memanfaatkan masa tersebut “dengan keinginan yang ikhlas untuk belajar dan memperbaiki diri".
 
Sumber : Today/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan