Skip to main content

Singapura

Haji 2025: Lebih 210 jemaah haji Singapura dijangka kembali ke S'pura esok

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 210 jemaah haji Singapura dijangka pulang tanah air esok, Rabu, 25 Jun.

Kumpulan terakhir ini terdiri daripada jemaah dari TM Fouzy Travel & Tours, Hamidah Travel & Tours Pte Ltd, Thoha Travels & Tours Pte Ltd, Sha Travel & Tour Pte Ltd, Azza Travel & Tours Pte Ltd, dan Halijah Travels Ptd Ltd.


JEMAAH HALIJAH TRAVELS PTD LTD NAIKI MALAYSIA AIRLINES

Jemaah Halijah Travels Ptd Ltd seramai 43 orang terkandas di Arab Saudi selepas penerbangan mereka dibatalkan semalam.

Mereka sepatutnya berlepas menaiki pesawat Scoot pada pukul 10.00 malam, 23 Jun, namun penerbangan itu dibatalkan.

Para jemaah itu akan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH157 dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum menyambung penerbangan pulang dengan MH623 ke Singapura.

Mereka dijangka tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi sekitar jam 2.40 petang esok (25 Jun).
Sementara itu, seramai 175 jemaah dari agensi lain dijangka tiba menaiki pesawat Saudia di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi sekitar jam 3.45 petang esok.

Kepulangan mereka akan disambut oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita