Haji 2025: Kambing korban Australia selamat tiba di SG, proses hantar ke 6 lokasi lancar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kambing-kambing dari Australia yang dibawa masuk oleh syarikat Aliyah Rizq Holdings bagi ibadah korban tahun ini telah selamat tiba di Kompleks Kargo Changi pada awal pagi Khamis (5 Jun).
"Alhamdulillah, semua kambing berada dalam keadaan sihat. Kesemuanya sudah dimasukkan ke dalam kandang masing-masing dan pemeriksaan kesihatan juga telah dijalankan. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.
Menurut beliau, berlaku sedikit kelewatan dalam penghantaran dari Australia.
"Kami sebenarnya sudah menjadualkan penghantaran lebih awal seperti biasa, namun disebabkan musim sejuk dan hujan di sesetengah kawasan di sana, berlaku kelewatan sekitar dua setengah jam. Namun, kami masih dapat menyelesaikan urusan tepat pada masanya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aliyah Rizq Holdings, Encik Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar.

Sebanyak 1,050 ekor kambing telah diagihkan kepada Masjid Tentera Di Raja, Masjid Omar Salmah, Masjid Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, serta Pertapis dan Persatuan Muhammadiyah yang melaksanakan ibadah korban secara fizikal tahun ini.
"Setiap tahun, kami sediakan stok kontingensi sekitar dua hingga tiga peratus. Tahun ini, kami sediakan 15 ekor sebagai kambing gantian. Kambing-kambing ini diagihkan ke semua lokasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat kambing yang mati, tempang atau tidak layak dijadikan haiwan korban.
"Jika haiwan gantian itu tidak dapat diselamatkan pada hari sama, ia tidak akan disembelih sebagai korban tetapi akan disumbangkan sebagai sedekah," jelas Encik Mohamad Nor Ashraf.

PENJAGAAN KESIHATAN KAMBING DIUTAMAKAN
Menjaga keselesaan dan kesihatan kambing-kambing terus menjadi keutamaan dalam pelaksanaan ibadah korban tahun ini.
Antara langkah yang diambil termasuk menyediakan lebih banyak kipas bagi menyejukkan kawasan sekitar, khususnya susulan cuaca panas sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Selain itu, kambing-kambing juga diberikan palet makanan kuda bagi memastikan haiwan-haiwan itu mendapat nutrisi mencukupi.
Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, di mana kambing korban hanya diberi makan rumput.
PENGGUNAAN CANGKUK UNTUK MEMUDAHKAN PROSES KORBAN
Syarikat Aliyah Rizq Holdings tampil sebagai perintis dalam penggunaan sistem cangkuk bergerak bagi melancarkan proses ibadah korban di Masjid Tentera Di Raja tahun ini.
Sistem tersebut membantu mengurangkan keperluan tenaga fizikal untuk mengalihkan daging kambing selepas penyembelihan, sekali gus menjadikan keseluruhan proses lebih pantas dan efisien.
“Kami menggunakan beberapa teknik untuk mempercepat dan mempermudah urusan korban, termasuk penggunaan pam angin bagi menanggalkan kulit kambing.
“Selepas disembelih, kambing-kambing akan digantung pada cangkuk bergerak dan ditarik ke kawasan pemotongan. Dengan teknik ini, kita bukan sahaja mengurangkan keletihan tenaga kerja, tetapi juga mempercepatkan proses penyembelihan dan pemprosesan,” kata Encik Mohamad Nor Ashraf.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.