Haji 2024: Khidmat perubatan hibrid; kemudahan penginapan lebih baik buat bakal jemaah SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perkhidmatan jagaan kesihatan yang lebih menyeluruh bagi para jemaah haji Singapura tahun ini.
Itulah yang boleh dijangkakan menerusi sebuah model hibrid perkhidmatan perubatan baharu yang diperkenalkan Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan Perubatan di Arab Saudi.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman yang mengetuai delegasi haji Singapura buat pertama kali pada tahun ini berkata, kerjasama itu akan melengkapkan bilangan tenaga perubatan Singapura.
Dr Maliki Osman berkongsi rancangan itu di sesi taklimat pra-keberangkatan jemaah haji di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu (18 Mei).
Ia dihadiri 900 bakal jemaah dan anggota keluarga mereka.
"SPAO akan bekerjasama dengan Penyedia Perkhidmatan
Perubatan di Arab Saudi untuk melengkapkan bilangan pegawai perubatan dan kejururawatan dalam memastikan keperluan perubatan jemaah haji Singapura dapat dikendalikan dengan sebaiknya.
"Pegawai-pegawai kebajikan, yang juga karyawan kesihatan, akan bertugas dengan agensi pelancongan Haji (GSA) untuk mengiringi jemaah sepanjang perjalanan haji mereka," kata Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.
Selain itu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS), bagi membekalkan setiap GSA dengan dengan kecekapan dalam menguruskan kebajikan jemaah haji dan keselamatan.
"Ini termasuk kemahiran pertolongan cemas, prosedur resusitasi dan langkah-langkah pemindahan jemaah jika berlaku kecemasan. Saya harap kita dapat memberikan kerjasama kepada mereka agar dapat memastikan perjalanan yang selesa dan selamat. Ini termasuk mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah diaturkan semasa berada di tanah suci kelak," kata beliau.
Menurutnya, beberapa pegawai kebajikan yang juga karyawan penjagaan kesihatan yang bertauliah akan bekerjasama dengan setiap GSA untuk membantu jemaah mereka sepanjang perjalanan haji.
Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli yang turut hadir sesi taklimat itu menambah: "Kalau dahulu kita membuat persiapan dan membawa semua alat-alat dan perubatan dari Singapura, termasuk pakar perubatan, kali ini kita menyediakannya bersama dengan kontrak yang kita berikan kepada pegawai perubatan di Saudi.
"Ini membolehkan kami meringankan lagi beban membawa bekalan-bekalan tersebut tetapi juga memastikan apa yang kita perlu sudah ada di sana dan disiapkan bukan saja dari segi perubatan, juga kepakaran yang diperlukan dengan melihat apa yang jemaah perlu apabila mereka di sana."
KEMUDAHAN YANG LEBIH BAIK
Para jemaah boleh juga menjangkakan kemudahan pengangkutan dan penginapan yang lebih selesa.
BERITA Mediacorp difahamkan, para GSA sedang mengusahakan kemudahan yang lebih bermutu tinggi untuk jemaah mereka sebagai persiapan bagi cuaca yang dijangka begitu panas.
Antara yang diusahakan adalah khemah bertaraf 'A dan 'B' di Mina yang lebih selesa yang antara lain dilengkapi dengan katil sofa.
Khemah-khemah tersebut biasanya digunakan para jemaah Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
Sebelum ini, para jemaah Singapura ditempatkan di kemudahan gred 'D'.
Selain itu, khemah baharu itu dianggarkan terletak kurang 1.5 kilometer dari tapak jamrah berbanding sekitar 7 kilometer sebelum ini.

JEMAAH PALING TUA TAHUN INI BERUSIA 88 TAHUN
Segala persiapan sangat dialu-alukan bakal jemaah seperti Cik Sapiah Mamat.
Warga emas berusia 88 tahun itu adalah jemaah paling tua dalam rombongan tahun ini.
Beliau pernah ditawarkan untuk menunaikan haji tahun lalu, namun tidak berkesempatan untuk pergi.
Justeru, apabila diundang sekali lagi, beliau tidak teragak-agak untuk menerima.
Meskipun menyanyi masalah mobiliti serta penyakit darah tinggi dan jantung, beliau yakin dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.
"Hati gembira tiak dapat cakap. Sakit-sakit pun Makcik pergi juga lah kan. Sudah dipanggil.
Doktor cakap jaga kesihatan sahajalah. Dia beri ubat makan. Cukup masa, makan ubat," kata Cik Sapiah, yang mempunyai enam orang anak dan 10 cucu kepada wartawan Syawal Yusoff.
Moyang tiga orang cicit itu akan berangkat ke tanah suci bersama Jalaluddin Travel and Services Pte Ltd.
Selain akan dijaga oleh anak perempuan dan menantunya, Cik Sapiah memberitahu beliau sudah terlebih dahulu membuat persiapan dengan GSA tersebut untuk menjaga keperluannya di sana.
"Ada pegawai jaga di sana. Tunggu di sana nanti mereka akan sedia, siap semua. Sudah ada orang untuk jaga di sana," tambahnya.
Keghairahan untuk menunaikan haji turut dikongsi pesara, Encik Muhammad Mohd Azahari, 77 tahun.
Pengalaman melakukan umrah pada 2015 memberinya keyakinan untuk ibadah haji kali ini.
Selain membuat persiapan mental, datuk enam orang cucu itu juga giat bersenam untuk tingkatkan daya fizikalnya.
"Tiap-tiap minggu saya buat senaman berjalan pantas dengan isteri saya di tempat saya sana di Taman Tasik Jurong. Pasal kita akan jalan lebih jauh dalam 4 kilometer. Sebab itu kita perlu berusaha untuk mengekalkan kesihatan kita," kata Encik Muhammad.
LEBIH 80% JEMAAH SUDAH MANFAATKAN PROGRAM 'GET FIT FOR HAJ'
Semangat untuk kekal aktif seperti itulah yang cuba diterapkan menerusi program 'Get Fit for Haj'.
Inisiatif di antara AMTAS dan Lembaga Penggalak Kesihatan yang diusahakan Encik Masagos yang juga Menteri Kedua Kesihatan sejak 2022 itu mendapat sambutan baik.
"Alhamdulillah, setelah dua tahun saja, 80 peratus daripada jemaah telahpun menjalani program tersebut dengan kerjasama daripada AMTAS dan juga daripada HPB yang membentuk rancangan bagaimana mereka dapat meningkatkan lagi kesihatan dan tahap fizikal mereka supaya menjalani nanti ibadah haji yang sangat fizikal dan juga mental," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Keadaan cuaca yang lebih panas serta dengan lebih ramai jemaah yang berusia tahun ini, Encik Masagos juga menggesa para GSA untuk lebih berwaspada dengan melaksanakan langkah-langkah tambahan.
"Cuaca musim ini adalah lebih kurang 40 darjah Celcius dan mereka (jemaah) perlu untuk banyak minum walaupun mereka khuatir perlu ke tandas terlalu kerap tapi lebih penting menjaga kesihatan. Jangan sampai terkena strok haba," nasihatnya.
Rombongan pertama akan berangkat pada 3 Jun 2024.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq/sy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.