Skip to main content

Singapura

HAJI 2024: 23 pakej ditawarkan, 900 bakal jemaah akan terima surat tawaran

Sebanyak 8 ejen pelancongan dilantik MUIS untuk tawarkan 23 pakej. Harga pakej antara $6,990 hingga $23,395.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 900 bakal jemaah haji akan menerima surat tawaran untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu bagi musim haji 2024 (1445H).

Bakal jemaah tersebut akan dimaklumkan menerusi SMS atau emel mulai Rabu (29 Nov).

Makluman awal itu bagi memberi bakal jemaah tempoh persiapan yang mencukupi.

Para bakal jemaah perlu log masuk portal MyHajSG untuk memeriksa surat tawaran tersebut.

Bagi mengesahkan tempat mereka bagi Haji 2024, mereka mesti mendapatkan pakej haji daripada ejen pelancongan yang diluluskan MUIS serta keperluan lain yang digariskan dalam portal MyHajSG sebelum 10 Disember 2023.

23 PAKEJ HAJI DITAWARKAN, HARGA PURATA $11,595

MUIS melantik lapan ejen pelancongan bagi menawarkan 23 pakej haji yang diluluskan.

Terdapat lapan pakej jangka pendek dengan tempoh perjalanan tidak melebihi 19 hari.

Lagi 15 pakej pula lebih panjang, namun tidak melebihi 28 hari.

Harga pakej haji pula kekal setara dengan tahun lalu dengan purata harga $11,595.

Pakej termahal tahun ini berharga $23,395 manakala yang paling murah pula $6,990.

Harga-harga tersebut tidak termasuk kos tiket penerbangan dan khidmat Masyair.

Harga bagi tiket penerbangan dan khidmat Masyair dianggarkan antara $6,000 hingga $8,000.

Para bakal jemaah juga digalakkan supaya membeli insurans perjalanan tambahan bagi perlindungan selain Bantuan Perubatan Kecemasan.

Ini kerana perlindungan bagi Bantuan Perubatan Kecemasan sudah terangkum dalam insurans yang ditawarkan ST&T International dan sudah termasuk dalam pakej-pakej haji yang ditawarkan.

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura dijangka berangkat pada 3 Jun 2024. 

Bakal jemaah juga digalakkan supaya tidak membeli pakej daripada ejen-ejen pelancongan tidak bertauliah, sebaliknya membeli pakej daripada lapan ejen yang diluluskan itu.

Lapan ejen pelancongan yang dilantik tahun ini ialah: 

1. Hagel Travel & Tours Pte Ltd

2. Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd

3. Halijah Travels Pte Ltd

4. Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd

5. Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd

6. Shahidah Travel & Tours Pte Ltd

7. Thoha Travels & Tours Pte Ltd 

8. TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd 

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita