Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Haji 2022: Rombongan jemaah Haji S'pura selamat tiba di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Rombongan pertama jemaah Haji Singapura sudah selamat tiba di Makkah pada Ahad (26 Jun).

(Facebook: Halijah Travels)

Menerusi satu catatan di akaun Facebook Halijah Travels, 47 jemaah syarikat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz sekitar 8 malam (waktu Jeddah) atau 1 pagi tadi, waktu Singapura.

Mereka kemudian menaiki bas dan menempuhi perjalanan selama lima jam dari Jeddah menuju ke Makkah Hotel and Towers, di mana mereka akan menginap sebelum dijadualkan berpindah ke Sisha pada hujung minggu depan.

(Gambar: Shahidah Hub)

Sementara itu, rombongan kedua yang terdiri daripada 51 jemaah Shahidah Travel and Tours pula tiba di Makkah sekitar 6.30 pagi (waktu Jeddah) atau 11.30 pagi tadi, waktu Singapura. 

Menurut Pengarah Urusan syarikat itu, Encik Ayoob Angullia, proses di imigresen semuanya lancar dengan bantuan penguasa kesihatan Arab Saudi yang memeriksa kesemua sijil PCR para jemaah.

Setakat ini, jemaahnya juga sudah selesai mengerjakan umrah bagi Haji Tamattuk. 

Beberapa program juga disediakan pihak Shahidah Travel bagi membimbing para jemaah dan mengulangkaji manasik Haji menjelang hari wukuf pada 9 Zulhijjah nanti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan