Hafeez Glamour terbitkan buku kanak-kanak 'Ezra dan Corona'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelancaran buku kanak-kanak 'Ezra dan Corona' oleh Penerbit dan penyiar 942FM, Hafeez Glamour seolah-olah tepat pada masanya.
Ini sedang Singapura berhadapan dengan satu lagi gelombang jangkitan COVID-19.
Acara pelancaran buku tersebut berlangsung di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Ahad (24 Dis).
PERTAMA KALI MENULIS BUKU KANAK-KANAK
Buku 'Ezra dan Corona' adalah buku kanak-kanak pertama yang beliau hasilkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE) dan disokong Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB).
Dua penerbitan Encik Hafeez sebelum ini adalah
cerpen 'Diari D.J' pada 2005 dan novel remaja, 'Demi Adrianna' pada 2012.
Buku 'Ezra dan Corona' setebal 32 muka surat berkisarkan watak Ezra yang dijangkiti 'Corona' dan keluarganya yang diceritakan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak.

Ia menyentuh tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan tanggungjawab sosial melalui jalan cerita yang lebih bersahaja dan mudah difahami.
"Buku ini tercetus sebenarnya waktu korona tahun 2019. Saya dapati waktu itu ramai terganggu, ramai yang mungkin buntu, tidak tahu apa hendak buat dan mereka terfikir-fikir bagaimana hendak lari dari krisis korona ini. Jadi waktu itu, muncul idea ini untuk menerbitkan buku untuk kanak-kanak," kata Encik Hafeez.
Selain itu, buku itu juga memberi ruang kepada para ibu bapa untuk mengadakan perbincangan bermakna berhubung jangkitan dan cara-cara pencegahan virus bersama anak-anak mereka.

Meskipun buku tersebut sesuai untuk kumpulan umur tiga hingga lapan tahun, ilmu pengetahuan daripada buku yang disuntik kesegaran, kekal relevan buat setiap lapisan umur.
"Saya fikir untuk kanak-kanak ini biarlah kita mulakan dari muda. Dari usia mereka masih rebung lagi. Jadi dengan mulanya minat membaca di kalangan kanak-kanak itu dibangkitkan, mereka akan menjadi lebih semarak apabila dewasa nanti. Jadi itulah fokus saya," tambah beliau.
KURANG BUKU BERTEMA SG
Tambah Encik Hafeez, beliau juga terdorong untuk menghasilkan sebuah penerbitan yang bertemakan konteks dan semangat Singapura.
"Sebenarnya kita kekurangan buku bernuansakan Singapura. Selalunya 'Singapore flavour' itu kurang jadi Alhamdulillah mungkin penulisannya juga boleh memperbanyakkan lagi jumlah buku kanak-kanak dan buku dalam bahasa Melayu.

"Jadi saya rasa, masa yang tepat saya menyumbang kepada masyarakat dalam bahasa ibunda ini apatah lagi kita dibelenggu dalam krisis koronavirus malahan bilangannya terus meningkat," ujar Hafeez Glamour.
Majlis pelancaran buku 'Ezra dab Corona' itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat, Penasihat Utama WGS, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
"Buku ini tepat pada masanya di mana kita masih dalam proses menghadapi cabaran COVID walaupun ia di peringkat endemik. Tetapi yang penting bagaimana kami boleh berkongsi dengan anak-anak kita dan juga meningkatkan kesedaran kepada mereka, apa itu COVID-19 dan bagaimana mereka boleh memahaminya dan juga bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk menanganinya," kata Dr Faishal.

Seorang lagi tetamu yang hadir ialah mantan Ketua Eaglevision dan Perhubungan Komuniti Melayu Mediacorp, Sabariah Ramilan.
"Ini adalah satu pendedahan, satu pendekatan yang saya rasa amat diperlukan kerana ini saya rasa satu bahan rujukan bagi ibu bapa dan juga kanak-kanak prasekolah untuk memahami dengan lebih dekat lagi tentang masalah korona di kalangan kita," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.