Hadir dengan bermaruah, itulah sasterawan Mohamed Latiff Mohamed
Anggaran Waktu Membaca:

Allahyarham Cikgu Mohd Latiff Mohd. (Gambar: Pantunism/Instagram)
BERITAmediacorp: Mohd Latiff Mohd, sasterawan tanah air kita sudah berpulang meninggalkan kita.
Pemergian ini adalah khabar duka, lebih daripada kesedihan kita sewaktu beliau bercadang untuk berhijrah bersama keluarga ke Australia, beberapa tahun lalu.
Allahyarham adalah sasterawan dalam pengertian sebenar-benarnya kerana karya-karya beliau besar dalam pengertian utuh sebagai ciptaan ilham seni dan membesar dalam diri kita, khasnya kepada pelajar dan peminat sastera.
Dalam sejarah sastera Melayu Singapura, Cikgu Latiff adalah penulis yang giat berkarya di era pasca Perpisahan. Beliau adalah penulis yang disegani ramai, pernah aktif dalam ASAS’50, serta dikurnia pelbagai anugerah, antara yang terbilang ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand, Pingat Budaya dari pemerintah Singapura serta Anugerah Tun Seri Lanang daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Di rantau ini, beliau adalah antara sasterawan Melayu Singapura yang dikenali dan disegani oleh sahabat-sahabat sastera di Indonesia, Malaysia dan Brunei. Karya-karyanya dikenali dan dibaca oleh peminat sastera serantau.
Beberapa karya beliau sudah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. 'Batas Langit' yang diterjemah sebagai 'Confrontation' diakui sebagai karya besar yang meriwayatkan ranjau duri sebuah masyarakat dan bangsa yang dalam rentetan terlahir dan hadir dalam sejarah.
Sekiranya kalau mahu disebut karya Melayu, malah karya Singapura yang wajar mendapat tempat dalam senarai karya-karya Global Selatan, maka novel 'Batas Langit' ini pasti wajar terangkat.
Dalam novel tersebut, terlihat Cikgu Latiff sebagai pemerhati yang sensitif pada segi-segi kehidupan seharian – gaya hidup, tempat tinggal, pekerjaan, kelaziman budaya dan lain-lain.
Biarpun beliau sering dikaitkan sebagai “pejuang Melayu” namun dalam banyak hal beliau adalah penulis yang sangat patriotik kepada Singapura, tanah air tempat beliau lahir dan membesar.
Dari lembaran novel ini, jelas menunjukkan Cikgu Latiff sebagai pengagum akan kerencaman kehidupan, sehingga dapat menggambarkan realiti yang pelbagai sebagaimana yang kita lalui sehari-harian, adanya kepelbagaian kaum etnik, golongan bijak pandai, rakyat dan ahli politik, gaya hidup, serta kelompok terpinggir yang terlantar secara ekonomi.
Itulah Cikgu Latiff sebagai perakam akan suasana sejarah yang banyak ketidaktentuan, suka duka, harapan dan keterpisahan kerana dalam novel ini disebut akan peristiwa mogok pelajar dan gerakan politik haluan kiri, Konfrontasi yang meletus, laungan kemerdekaan, sehinggalah perpisahan Singapura dari Malaysia yang mendukakan.
Malah boleh dikatakan beliau sebagai pemberita yang tangkas melaporkan tentang kejadian dan peristiwa yang pernah berlaku, betapa ia diadun dalam bentuk fiksyen.
Pendek kata, beliau adalah penyulam cerita dengan fakta sejarah dan sosial sehingga menjadikan karya ini hidup dan berimbang apabila jalan cerita berjalan lancar tanpa melerek-lerek alur cerita.
Malah dengan menyulam simbol pohon jejawi dalam 'Batas Langit', jalan cerita novel ini mempunyai suatu motif perlambangan akan cinta kehidupan dan menolak cinta kemautan, yang membawa manusia ke lembah hilangan kedayaan dan harapan.
Yang menariknya, Cikgu Latiff adalah antara segelintir barisan penulis yang berani menyanggah prejudis dan stereotaip yang lazim dipalitkan kepada peribadi dan masyarakat Melayu.
Jelas dari karya-karyanya, beliau menolak tundingan bahawa Melayu itu malas, bahawa Melayu yang cenderung “seni” dan hanya berkhayal.
Pastilah beliau membuat kritikan dalaman ke atas kecenderungan pemikiran dan nilai dominan yang terpakai dalam masyarakat, namun tidak sampai pula mencemuh dan memperlekeh tradisi sendiri. Yang beliau tegas membidas adalah feudalisme yang membelenggu dalam benak dan amalan masyarakat, serta kemandulan berfikir dalam kalangan bijak pandai yang segan dan tersenyap daripada bersuara untuk keadilan dan maruah bangsa.
Puisi-puisi Cikgu Latiff banyak yang menyentuh dan menyentap, namun dengan lenggok anyaman kalimatnya, ia dapat menghamparkan perasaan kita dengan renungan dan kepedulian. Ramai daripada kita yang pernah tersedar dari bait-bait puisi beliau. Bacalah puisi “Melayu Baru” dan “Penyairku” akan dapat kita rasakan.
Cikgu Latiff adalah seorang guru dan peribadi yang tegas, tapi lembut menyentuh sekiranya sudah akrab didekati.
Beliau adalah seorang pemikir yang panjang dengan gaya kupasannya, malah terkadang sangat 'intense' dengan apa yang beliau mahu bicara dan ajukan.
Itu sekali gus memperlihatkan cara fikir beliau yang bersungguh kerana fakta, ilham dan perpektif dan visi harus tersulam pada pendirian beliau berkarya.
Suatu tema yang sering mendapat perhatian beliau ialah maruah yang harus kita pegang dan pertahankan.
Maruah bagi beliau adalah martabat kita sebagai manusia dan masyarakat. Dengan sikap bermaruah kita tidak mudah dilenyek oleh idea dan praktis yang hegemonik.
Maka itu, Cikgu Latiff menulis dengan niat untuk mengaju, menyinggung, merakam dan menghurai keadaan dan peristiwa yang beliau telah lalui.
Yang paling menonjol dan konsisten dalam karya beliau adalah tentang keadaan masyarakat Melayu Singapura. Itu sendiri adalah satu sumbangan besar.
Dari lembaran puisi dan cerpen beliau, jelas dapat kita telusuri dimensi kekuatan puitika dan kejelasan politik.
Ketergabungan berimbang antara puitika dan politik adalah contoh kekuatan penulis kerana apabila satu tergenjot maka menjadi tempang pada hasil sesebuah karya.
Rata-rata tidak begitu pada karya Cikgu Latiff. Beliau pun tidak bersergah atau terburu-buru untuk menghasilkan sesebuah karya. Beliau mengatakan peranuman idea mesti datang dengan penyelidikan dan penajaman ungkapan.
Beliau sesungguhnya penyulam cerita yang handal, berwarna menekat memori sosial, sambil membawa kita merenung sejarah dan keberadaan kita hari ini.
Bagi beliau sastera jelas harus ada tugas, berpendirian dengan suara moral yang utuh dan fitrah manusia sastera adalah memanusiakan sastera, sama ada sebagai sasterawan, penyelidik dan pembaca sastera.
Cikgu Latiff bukan jenis penulis yang mahu bergagas dengan filsafat, tetapi sering merangkul pengalaman yang realis, sama ada yang pernah beliau lalui dan saksikan, mahupun dengan mengolah karya dengan tugas mengkritik dan mendidik.
Makanya, karya-karya prosa beliau jelas difahami, sementara puisi-puisi beliau yang ditandai dengan anyaman kekata dan ujaran puitis membawa kita kepada kelegaan dan kebuanaan berimaginasi. Bacalah ayunan kata-kata yang terlafaz dalam “Tekad”.
Ketukangan beliau dalam berimaginasi harus ditabik kerana karya beliau betapa kuat dengan kritikan, pemaparan dan perenungan, tapi tidak sampai pula menjadi longgokan seru khutbahan mahu berdidaktik menggurui.
Sasterawan kebanggaan negara ini, yang lahir di Singapura pada 1950, menutup usia pada 13 October 2021 di rumahnya di Australia.
Sejak beliau berhijrah ke Australia bersama keluarganya, peminat sastera tanah air rindu akan sergahan, candaan dan kehadiran beliau.
Beliau meninggalkan ramai sahabat, pelajar dan pembaca sastera.
Siapa yang kenal pada tokoh ini pasti benar-benar akan terasa betapa ketokohan beliau sebagai pendidik yang tidak lelah berbagi, tidak penat menasihati dan tidak kering gusi kalau didekati.
Memang sesungguhnya beliau peribadi yang candi dan periang, namun di sebalik itu adalah seorang sasterawan-pemikir yang pada bangsanya ia cintai dan selalu bertekad untuk berbakti.
Itulah tekad sang guru, sang penyair yang banyak di antara kita kagumi.
Beliau meninggalkan kita dengan duka, dengan rindu yang sudah lama tidak berjumpa dan bersua. Betapa duka kita merasa, namun pasti terngiang-ngiang akan bait-bait puisi beliau yang bergemang dan cerita prosa yang menyentuh. Banyak Ani dan Adi yang Cikgu Latiff gambarkan dalam karya beliau. Malah kita mungkin juga adalah Ani dan Adi yang Cikgu Latiff sayangi dan peduli. Ani dan Adi yang Cikgu ceritakan dari kota ini. Maka begitulah terakam dalam sebahagian bait dari puisi “Kota” dari Cikgu sendiri.
“Kotaku tuan
Kota perbendaharaan
Penyair dan seniman
Adalah lelaki perempuan
Membuhul cinta insan
Bertenggang masa depan”
Selamat berpulang Guru yang kami rindu. Alfateha.
MENGENAI PENULIS:
Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS). Selain kesusasteraan klasik dan moden Melayu, fokus penyelidikan beliau adalah wacana penulisan kritikal dan pembangunan intelektual Melayu-Indonesia.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.