Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had usia dinaikkan, kereta EV antara saranan atasi masalah kekurangan pemandu teksi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Aug 2022 04:45PM Dikemas Kini : 27 Aug 2022 10:06PM
SINGAPURA: Persaingan untuk mendapatkan pemandu teksi dan khidmat kereta sewa di Singapura semakin sengit.

Bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu teksi, sesetengah pihak meminta had usia pemandu dinaikkan daripada 75 kepada 78 tahun.

Ada juga yang meminta agar lebih banyak kereta elektrik (EV) disediakan bagi menarik pemandu muda.

Untuk menarik pemandu baru, syarikat teksi ComfortDelGro menawarkan insentif tunai sehingga S$6,500 bagi mereka yang mendaftar dengan syarikat itu selama dua tahun.

Bagi pemandu baru yang belum pasti akan berkhidmat buat tempoh yang panjang, ada pula skim lain seperti sewa kereta jangka pendek untuk memberi peluang kepada mereka cuba memandu teksi.

Bagaimanapun, tawaran-tawaran itu masih belum mencukupi untuk menangani masalah kekurangan pemandu teksi terutama sekali dengan adanya persaingan daripada platform khidmat kereta sewa privet.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), jumlah teksi di Singapura merosot sekitar separuh sejak 2014.

Sebaliknya, jumlah kereta sewa privet naik lebih tiga kali ganda dengan adanya lebih banyak platform seperti Grab dan Gojek.

Keadaan menjadi bertambah rumit kerana sekitar 33 peratus daripada keseluruhan pemandu teksi tempatan berusia lebih 60 tahun.

Usia persaraan pemandu teksi ditetapkan pada 75 tahun tetapi kini ada yang meminta had itu dinaikkan kepada 78 tahun.

Persatuan Teksi Kebangsaan juga berpendapat kebajikan pemandu perlu diberi perhatian agar dapat menarik lebih ramai orang melihat memandu teksi sebagai kerjaya jangka panjang.

"Saya rasa adalah penting bagi kami untuk terus menjaga kesejahteraan mental, serta kesejahteraan fizikal pemandu kami kerana pada masa ini, mereka sebenarnya menghadapi banyak kekurangan. Ramai daripada mereka memandu dalam masa yang panjang," kata Penasihat, Persatuan Teksi Kebangsaan, Yeo Wan Ling.

Berhubung kebajikan pemandu pula, langkah-langkah seperti dana bantuan akan diumumkan kelak, kata beliau.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan