Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had ruang solat dan langkah keselamatan di masjid ditentukan berdasarkan nasihat perubatan MTF: Masagos

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat keputusan mengenai had ruang bagi khidmat ibadah dan langkah-langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan bagi kegiatan-kegiatan agama, berdasarkan nasihat perubatan yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat keputusan mengenai had ruang bagi khidmat ibadah dan langkah-langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan bagi kegiatan-kegiatan agama, berdasarkan nasihat perubatan yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF).

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli menerangkan hal demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Faisal Abdul Manap.

Encik Faisal bertanya sama ada langkah-langkah ketat COVID-19 bagi solat Jumaat dan solat fardu di masjid boleh dilonggarkan lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Encik Masagos memberitahu bahawa ruang solat Jumaat di masjid-masjid sudahpun dinaikkan dari 6,400 ruang pada Jun 2020 kepada sekitar 40,500 ruang buat masa ini.

"Lebih banyak jemaah juga boleh langsung ke masjid (tanpa janji temu) untuk menunaikan solat jemaah atau solat secara bersendirian," tambahnya lagi.

Menurut Encik Masagos, MUIS akan terus memastikan persekitaran yang selamat terutama sekali bagi golongan warga emas bagi menjalankan aktiviti ibadah di masjid pada waktu pandemik ini dengan menyesuaikannya berdasarkan garis panduan nasional yang relevan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan