Skip to main content

Singapura

Had pengunjung, ujian COVID-19 tidak lagi diperlukan di kelab-kelab malam bermula 14 Jun

Jumlah pengunjung bagi kelab-kelab malam yang menawarkan tarian tidak lagi akan dihadkan bermula 14 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah pengunjung bagi kelab-kelab malam yang menawarkan tarian tidak lagi akan dihadkan bermula 14 Jun.

Para pelanggan juga tidak lagi perlu diuji negatif bagi keputusan ujian pantas antigen (ART) untuk memasuki kelab-kelab tersebut, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 Jun).

MOH menambah langkah tersebut akan "mewajarkan peraturan" bagi kelab-kelab malam dengan ruang sosial lain.

Bagaimanapun, langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi akan terus dilaksanakan, dengan para pengendali masih perlu menjalankan pemeriksaan sedemikian bagi memastikan hanya mereka yang sudah lengkap divaksin boleh memasuki tempat-tempat tersebut.

Para pegawai penguatkuasaan juga mungkin menjalankan pemeriksaan rambang bagi memastikan para pengendali mengikut peraturan itu, jelas MOH.

Pada bulan April, langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 bagi saiz kumpulan dan had pengunjung sebahagian besarnya ditarik balik, kecuali di kelab-kelab malam di mana adanya tarian dalam kalangan pelanggan kerana ia disifatkan sebagai kegiatan yang lebih berisiko tinggi.

Perniagaan kelab malam dibenarkan dibuka semula bermula 19 April selepas lebih dua tahun ditutup disebabkan sekatan.

MEMAKAI PELITUP DI DALAM BANGUNAN

Meskipun keadaan COVID-19 di Singapura stabil sejak bulan lalu, memakai pelitup di dalam bangunan dikekalkan, menurut MOH.

Dalam sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19, MOH menyatakan peraturan memakai pelitup di dalam bangunaan dikekalkan sebagai "benteng utama pertahanan" terhadap penularan masyarakat, meskipun kebanyakan langkah pengurusan selamat COVID-19 sudahpun ditarik balik.

Ini supaya orang ramai kekal berwaspada terhadap risiko gelombang baru kes sedang tahap imuniti penduduk Singapura merosot dalam bulan-bulan mendatang, serta kemungkinan kemunculan varian-varian baru COVID-19, jelas MOH.

"Kami juga menggesa para individu yang layak dan belum mendapatkan dua dos pertama vaksin dan dos penggalak supaya segera berbuat demikian.

"Ini bagi melindungi diri mereka daripada risiko penyakit teruk sekiranya gelombang jangkitan baru melanda dalam bulan-bulan akan datang."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita