Had penghuni flat HDB lebih besar dan rumah privet dinaikkan untuk bantu tekanan sewa rumah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan membenarkan lebih ramai orang untuk menyewa dan menetap di flat yang sama.
Had penghunian untuk flat perumahan awam lebih besar dan rumah privet akan dinaikkan dari enam kepada lapan orang yang tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Demikian menurut pengumuman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (20 Dis).
HDB menyatakan langkah tersebut bertujuan untuk memenuhi permintaan penyewaan dengan lebih baik, dan membantu isi rumah yang ingin menyewakan unit mereka, sedang pihak berkuasa meningkatkan bekalan rumah.
Kenaikan sementara itu akan dikenakan ke atas flat-flat HDB empat bilik dan lebih besar, atau hartanah privet dengan saiz sekurang-kurangnya 90 meter persegi.
Langkah tersebut akan bermula pada 22 Januari 2024, dan akan kekal sehingga 31 Disember 2026.
Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata bahawa pihak berkuasa menjangkakan keperluan untuk memastikan bekalan rumah sewa yang mencukupi.
Para penyewa termasuk isi rumah yang sedang menunggu untuk berpindah ke rumah baharu, individu yang bekerja atau menuntut di Singapura, atau generasi muda rakyat Singapura.
Encik Lee menambah bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang yang tersebut.
Ia termasuk membatalkan kelulusan pemilik rumah untuk menyewa unit mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.