Had pengeluaran MediSave bagi ubat HIV naik dari S$550 kepada S$850 sebulan mulai 1 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan meningkatkan had pengeluaran MediSave bagi ubat HIV daripada S$550 kepada S$850 sebulan mulai 1 Jun, bagi membantu pesakit menampung kos rawatan antiretroviral yang perlu dijalani secara berterusan.
Pesakit juga akan dibenarkan menggunakan akaun MediSave ahli keluarga mereka untuk membiayai rawatan tersebut.
Mengumumkan demikian pada Sabtu (23 Mei), Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam berkata mengurangkan beban kewangan bagi pesakit HIV sebaik sahaja mereka mendapat diagnosis membolehkan mereka memulakan rawatan dengan cepat.
“Ini menggalakkan pelibatan awal dengan khidmat klinikal dan mengurangkan kemungkinan individu tercicir antara proses ujian dan rawatan,” katanya di Kongres HIV, Hepatitis dan Jangkitan Seksual Singapura, yang dianjurkan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA).
Jumlah kes baharu tahunan terus merosot sejak beberapa tahun lalu — antara 300 hingga 500 kes dicatat dari 2009 hingga 2019; 200 hingga 270 kes dari 2020 hingga 2023; dan kurang 200 kes setahun sejak 2024.
Pada 2025, sebanyak 166 kes HIV baharu dilaporkan dalam kalangan warga Singapura dan penduduk tetap, berbanding 151 kes pada tahun sebelumnya.
CDA menyatakan turun naik jumlah kes dari tahun ke tahun memang dalam jangkaan dan pihaknya akan terus memantau trend tersebut.
Daripada 166 kes baharu itu, 96.4 peratus melibatkan kaum lelaki dan 55.4 peratus kes dikesan pada peringkat lewat jangkitan HIV, lebih tinggi berbanding peratusan pada 2024.
Menurut Cik Rahayu, peningkatan kes dari tahun ke tahun pada 2025 menunjukkan Singapura tidak boleh berasa terlalu selesa dengan pencapaiannya.
Beliau menambah bahawa diagnosis pada peringkat lewat turut menekankan peri perlunya mengurangkan stigma dan maklumat salah yang masih menghalang orang ramai daripada menjalani ujian pada peringkat lebih awal.
Bagi menggalakkan ujian HIV, kit ujian kendiri HIV mula dijual di beberapa farmasi runcit sejak Januari lalu.
Cik Rahayu berkata permintaannya “kukuh dan konsisten”, dengan purata lebih 800 kit dijual setiap bulan.
“Ia memperluaskan pilihan ujian HIV di luar persekitaran klinikal tradisional, sekali gus memudahkan individu mengetahui status mereka secara peribadi dan mudah, sambil melengkapi perkhidmatan berasaskan klinik sedia ada,” tambah beliau.
Cik Rahayu turut berkata Singapura sedang berusaha mencapai sasaran global Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS) dalam rawatan dan pengurusan HIV.
Di bawah rangka kerja 95-95-95, matlamatnya ialah mencapai sasaran 95 peratus bagi ujian, rawatan dan kawalan virus sebagai usaha menamatkan epidemik HIV/AIDS menjelang 2030.
“Saya gembira memaklumkan bahawa hampir 90 peratus individu yang hidup dengan HIV mengetahui diagnosis mereka, sekitar 96 peratus daripada mereka yang didiagnosis sedang menerima rawatan, dan hampir 94 peratus pesakit yang menerima rawatan berjaya mengawal paras virus HIV,” kata Cik Rahayu, sambil mengakui masih terdapat jurang yang perlu ditangani.
“Ini termasuk mengurangkan diagnosis lewat, memastikan individu yang disahkan positif segera mendapat rawatan susulan, dan memastikan pesakit dapat mengakses rawatan HIV tanpa halangan kewangan,” tambah beliau.
CDA menyatakan cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan HIV ialah setia kepada pasangan atau suami isteri dan mengelakkan seks rambang.
Mereka yang terlibat dalam tingkah laku seksual berisiko disaran menjalani ujian HIV secara berkala setiap tiga hingga enam bulan.
“Memandangkan ujian merupakan satu-satunya cara untuk menentukan status HIV seseorang, CDA mengesyorkan agar setiap orang dewasa menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat mereka, tanpa mengira faktor risiko,” tambah agensi itu.
CDA turut menekankan bahawa dengan rawatan awal dan berkesan, HIV boleh dikawal ke paras tidak dapat dikesan, membolehkan individu hidup sihat dan panjang umur serta melindungi pasangan mereka daripada jangkitan.
“Individu yang hidup dengan HIV dan menjalani rawatan berkala serta mengekalkan paras virus yang tidak dapat dikesan selama sekurang-kurangnya enam bulan, tidak berisiko menularkan virus itu kepada pasangan seksual mereka,” tambah CDA.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.