Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had pendapatan bagi keutamaan masuk tadika MOE dinaikkan kepada S$4,500

Anggaran Waktu Membaca:
Had pendapatan bagi keutamaan masuk tadika MOE dinaikkan kepada S$4,500

Kanak-kanak di tadika MOE di Punggol View. (Gambar: MCI)

SINGAPURA: Had pendapatan bagi keutamaan kemasukan ke tadika-tadika Kementerian Pendidikan (MOE) akan dinaikkan kepada S$4,500 sebulan. Jumlah itu adalah tambahan sebanyak S$1,000.

Menurut MOE, langkah itu akan memastikan agar tadika-tadika MOE kekal diakses oleh kanak-kanak daripada keluarga-keluarga berpendapatan rendah. Ia sejajar dengan keadaan peningkatan pendapatan sekarang.

Perubahan itu akan berkuat kuasa pada bulan depan apabila pendaftaran bagi 2023 bermula.

Satu pertiga daripada tempat K1 dikhaskan untuk kanak-kanak dengan keutamaan tertinggi bagi kemasukan. Ia merujuk kepada rakyat Singapura yang tinggal dalam lingkungan 1 kilometer dari tadika tersebut dan pendapatan isi rumahnya tidak melebihi had baru tersebut.

Kanak-kanak yang belajar di sana juga akan mendapat keutamaan kemasukan ke sekolah rendah di tempat tadika mereka berada.

Sebanyak 55 tadika MOE mengambil bahagian dalam latihan pendaftaran tahun ini. Ibu bapa boleh melawat rumah terbuka tadika-tadika itu pada bulan depan untuk mengetahui lebih lanjut.
Sumber : CNA/AI/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan