Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had nilai tahunan bagi skim bantuan sosial dinaikkan pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Had nilai tahunan bagi skim bantuan sosial dinaikkan pada 2025

Pasar Ghim Moh Road. (Gambar: CNA/Grace Yeoh)

Diterbitkan : 29 Nov 2024 01:57PM Dikemas Kini : 29 Nov 2024 01:58PM
SINGAPURA: Had nilai tahunan (AV) untuk skim bantuan sosial akan dinaikkan pada 2025, umum pemerintah pada Jumaat (29 Nov).

Nilai tahunan sesebuah hartanah ialah anggaran sewa yang boleh dikutip setiap tahun jika ia disewakan, dan ini ditentukan berdasarkan kadar pasaran hartanah yang setanding.

Skim bantuan sosial - seperti skim Baucar GST, subsidi premium MediShield Hayat, dan skim Pendapatan Tambahan Daya Kerja (Workfare) - menyediakan faedah berdasarkan dua peringkat AV.

Had AV bagi peringkat pertama akan kekal pada S$21,000. Ini dinaikkan daripada S$13,000 kepada S$21,000 pada 2024.

Peringkat kedua sekarang ini ialah antara S$21,000 dengan S$25,000. Ini akan dinaikkan kepada S$21,000 hingga S$31,000 mulai 2025, umum Kementerian Kewangan (MOF).

Dengan perubahan ini, lebih 75 peratus pemilik rumah, termasuk mereka yang tinggal di hartanah pribet yang mempunyai nilai lebih rendah, boleh layak mendapat faedah sosial, kata MOF.

Peringkat pertama akan terus meliputi semua pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Kelayakan seseorang individu atau isi rumah bagi skimbantuan sosial pada tahun-tahun tertentu ditetapkan oleh nilai tahunan pada tahun sebelumnya.

Ini bermakna untuk meraih manfaat pada 2025, nilai tahunan isi rumah pada 2024 akan digunakan untuk menentukan sama ada ia layak bagi manfaat peringkat pertama atau kedua.
Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan