Had nilai tahunan bagi skim bantuan sosial dinaikkan pada 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Flat HDB. (Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Had nilai tahunan (AV), iaitu salah satu kriteria kelayakan bagi skim bantuan sosial, akan dinaikkan pada 2024, bagi membolehkan mereka yang memerlukan terus menerima sokongan.
Nilai tahunan sesebuah hartanah adalah anggaran harga sewa yang boleh dikutip setiap tahun jika ia disewakan, dan ini ditentukan berdasarkan kadar pasaran hartanah yang setanding.
Dengan kenaikan kadar sewa dalam pasaran bagi hartanah kediaman sejak 2022, nilai tahunan kebanyakan hartanah kediaman dinaikkan pada permulaan tahun dan akan dinaikkan lagi mulai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis (30 Nov).
PERINGKAT NILAI TAHUNAN
Skim-skim bantuan sosial - seperti skim Baucar GST, subsidi premium MediShield Hayat dan skim Pendapatan Tambahan Daya Kerja - yang sekarang ini menyediakan manfaat berdasarkan dua peringkat AV.
Had AV bagi peringkat pertama, yang sekarang ini sehingga S$13,000, akan dinaikkan kepada S$21,000 mulai 1 Januari 2024.
Had AV peringkat kedua sekarang ini adalah antara S$13,000 hingga S$21,000. Mulai tahun depan, ia akan dinaikkan kepada lebih S$21,000 dan sehingga S$25,000
Menurut MOF, had AV yang disemak semula kepada S$21,000 akan meliputi semua flat HDB, manakala had S$25,000 akan meliputi sekitar 75 peratus hartanah kediaman, termasuk sebahagian rumah privet bernilai rendah.
Kelayakan seseorang individu atau isi rumah bagi skim-skim bantuan sosial dalam satu-satu tahun itu ditetapkan oleh nilai tahunan pada tahun sebelumnya.
Ini bermakna untuk meraih manfaat pada 2024, nilai tahunan isi rumah pada 2023 akan digunakan untuk menentukan kelayakan bagi manfaat peringkat pertama atau kedua.
Contohnya, seseorang yang tinggal di sebuah rumah dengan nilai tahunan S$11,000 pada 2022 akan menerima bantuan tunai Baucar GST sebanyak S$700 pada 2023.
Pada 2024, jika nilai tahunan individu itu dinaikkan kepada S$14,000, dia akan mernerima bantuan tunai Baucar GST sebanyak S$850. Tanpa semakan terkini AV, individu itu hanya akan menerima S$450.
"Pemerintah akan terus menyemak skim-skim bantuan sosial kita, termasuk kriteria kelayakan, untuk memastikan rakyat Singapura dengan lebih banyak keperluan menerima sokongan," menurut MOF.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.