Had Mengeluarkan Wang MediSave akan dinaikkan bagi sesetengah rawatan pesakit luar
Anggaran Waktu Membaca:

Pesakit di poliklinik Singapura. (Gambar fail: Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) akan dapat menggunakan lebih banyak MediSave mereka untuk mengurangkan perbelanjaan tunai mereka di penyedia khidmat jagaan kesihatan.
Buat masa ini, rakyat Singapura dan PR berumur 60 tahun ke atas boleh menggunakan sehingga S$300 setiap tahun di bawah skim Flexi-MediSave untuk membayar rawatan perubatan pesakit luar di poliklinik, klinik pesakit luar pakar awam dan klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS).
Mulai 1 Okt, had tersebut akan dinaikkan kepada S$400 setiap tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (7 Mac).
Untuk imbasan pesakit luar, termasuk MRI dan imbasan CT, had untuk mengeluarkan MediSave akan digandakan daripada S$300 kepada S$600 mulai 2026 untuk semua rakyat Singapura dan PR.
Perubahan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 500,000 pesakit yang menggunakan MediSave untuk imbasan pesakit luar setiap tahun, dan kira-kira 700,000 warga emas yang menggunakan Flexi-MediSave.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Jumaat (7 Mac) ketika beliau membentangkan rancangan perbelanjaan kementeriannya untuk tahun ini.
Menjawab kritikan Ketua Pembangkang Pritam Singh terhadap "sasaran belanjawan" pemerintah yang lemah, Encik Ong mempertahankan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru-baru ini.
"Kami memerlukan pendapatan tambahan GST, yang kebanyakannya dibayar oleh mereka yang lebih berkemampuan, warga asing dan pelancong, untuk terus menyokong jagaan kesihatan universal dan dimampui untuk rakyat Singapura. Sokongan yang diberikan bagi jagaan kesihatan boleh dikatakan semuanya berstruktur, bukannya baucar," kata Encik Ong.
"Kita boleh bertikam lidah tentang masa yang sesuai untuk meningkatkan pendapatan cukai. Walau bagaimanapun, jika kita tidak meningkatkan pendapatan tepat pada masanya sedang penduduk semakin menua dan perbelanjaan jagaan kesihatan semakin meningkat, kita tidak akan berkesempatan untuk membahaskan tentang sasaran belanjawan.
Encik Ong berkata bahawa belanjawan jagaan kesihatan tahun ini ialah S$21 bilion. Menjelang 2030, ia dianggarkan melebihi S$30 bilion.
Beliau menegaskan bahawa kenaikan 2 peratusan mata pada GST akan menghasilkan lebih S$5 bilion dari segi pendapatan.
LEBIH BANYAK SUBSIDI PERGIGIAN
MOH juga merancang untuk menambah baik akses kepada jagaan pergigian dengan menaikkan had subsidi dan membenarkan penggunaan Flexi-MediSave untuk beberapa prosedur pergigian, termasuk rawatan akar gigi.
Encik Ong berkata bahawa terdapat kerjasama yang telah lama terjalin antara sekolah dan MOH untuk melindungi gigi golongan muda, tetapi kesihatan oral semakin merosot apabila dewasa.
Seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 20 gigi asli untuk mengunyah dengan berkesan. Bagaimanapun, hanya 56 peratus individu berusia 55 tahun ke atas di Singapura mempunyai 20 atau lebih gigi asli – berbanding set lengkap sebanyak 32 gigi.
Encik Ong berkata, beliau telah menemui ramai penduduk yang memilih untuk mencabut gigi yang reput daripada menjalani rawatan akar gigi, kerana ia lebih murah dan mudah dilakukan.
"Tetapi ini kurang bijak. Kita akan mempunyai jumlah gigi yang berkurangan apabila kita semakin tua jika kita mengambil pendekatan ini. Ia mengurangkan keupayaan kita untuk mengunyah dengan berkesan, dan pada usia tua kita, ia menjejas pemakanan kita," katanya.
Untuk meningkatkan kesihatan oral, had subsidi akan dinaikkan untuk tujuh jenis rawatan pemulihan pergigian untuk keluarga berpendapatan rendah dan mereka dalam kalangan Generasi Perintis dan Merdeka, yang merupakan warga Singapura yang lahir sebelum 1960.

Pemegang kad jingga CHAS – isi rumah berpendapatan antara S$1,501 dan S$2,300 sebulan – kini layak mendapat subsidi pergigian untuk 10 prosedur asas dan pencegahan.
Buat masa ini, subsidi tersebut hanya tersedia kepada pemegang kad biru CHAS – isi rumah berpendapatan S$1,500 dan lebih rendah – dan warga emas Generasi Perintis dan Merdeka.
Mulai pertengahan 2026, warga emas akan dapat menggunakan Flexi-MediSave untuk membayar rawatan akar gi dan 'permanent crown' di klinik pergigian CHAS dan institusi jagaan kesihatan awam.
MOH juga akan memperkenalkan penanda aras yuran untuk prosedur pergigian biasa di klinik awam dan privet menjelang suku keempat tahun ini untuk meningkatkan ketelusan kos.
Encik Ong berkata: "Apabila subsidi meningkat, kita mesti menghalang sesetengah penyedia daripada menaikkan harga secara mendadak. Oleh itu, kita perlu mengukuhkan tadbir urus dan mencegah penyalahgunaannya dengan memperkenalkan penanda aras yuran untuk prosedur pergigian biasa."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.