Skip to main content

Singapura

Had laju 70km/sejam bagi kereta dengan 8 tempat duduk penumpang dimansuhkan

Mulai Jumaat (1 Feb), kereta penumpang yang mempunyai lapan tempat duduk tidak lagi tertakluk pada had kelajuan 70 kilometer sejam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jan 2019 12:22PM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 09:53PM

SINGAPURA: Mulai Jumaat (1 Feb), kereta penumpang yang mempunyai lapan tempat duduk tidak lagi tertakluk pada had kelajuan 70 kilometer sejam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (29 Jan).

Sebaliknya, para pemandu harus mematuhi had kelajuan jalan raya yang sama seperti kereta-kereta penumpang lain.

Buat masa ini, kereta yang kecil tidak mempunyai had kelajuan kenderaan.

"Disebabkan peningkatan dalam piawai keselamatan kenderaan, LTA akan memansuhkan had laju bagi kereta dengan lapan tempat duduk mulai 1 Feb, 2019," menurut LTA dalam satu kenyataan media. "Dengan perubahan itu, kereta seumpamanya perlu mematuhi had kelajuan jalan raya yang sama seperti kereta-kereta lain."

'Ini sejajar dengan apa yang dilakukan di negara-negara lain."

Sementara itu mulai Februari, pihak berkuasa juga akan mula menjalankan ujian had laju baru bagi kren lebih berat, ditetapkan pada 40 kilometer sejam.

Buat masa ini, kelajuan maksimum bagi kren yang membawa muatan sehingga 24,000 kilogram adalah 40 kilometer sejam, manakala kren dengan muatan melebihi had tersebut pula, 20 kilometer sejam.

Bagaimanapun, menurut pihak berkuasa ia menerima maklum balas daripada industri bahawa had kelajuan 20 kilometer sejam terlalu rendah dan menyebabkan masa perjalanan di jalan raya lebih lama, sekali gus mengakibatkan pemandu berasa penat.

Sebagai sebahagian daripada ujian selama enam bulan itu, kren dengan muatan melebihi 24,000 kilogram boleh bergerak lebih cepat, dengan had kelajuan ditetapkan pada 40 kilometer sejam.

Semasa tempoh ujian itu, semua kren perlu mematuhi had kelajuan di jalan raya atau had kelajuan kenderaan, yang mana lebih rendah.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita