Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had gaji CPF perlu meningkat seiring inflasi, elak bebankan SG dengan masalah: Lawrence Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Had gaji Tabung Simpanan Pekerja (CPF) seharusnya meningkat seiring dengan inflasi untuk mengelak daripada membebankan Singapura dengan lebih banyak masalah.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Menjawab pertanyaan di program 'Ask The Finance Minister' yang disiarkan di CNA pada Jumaat (17 Feb), Encik Wong berkata bahawa beliau memahami sebab had gaji CPF yang dinaikkan menjadi kebimbangan para majikan dan individu.

"Namun, kita juga perlu melihat pada jangka panjangnya. Kecukupuan persaraan adalah isu paling penting dan jika kita tidak mula melakukan persiapan bagi persaraan kita, kita sedang membebankan diri kita dan masyarakat dengan lebih banyak masalah," tambah beliau.

"Dan memang benar had gaji CPF mesti meningkat seiring dengan inflasi. Itu adalah cara yang betul untuk memikirkan perkara ini. Kita tidak boleh menetapkan had gaji pada S$6,000 dan buat selamanya ia tidak berubah."

Had gaji bulanan CPF akan meningkat secara bertahap-tahap daripada S$6,000 sehingga S$8,000 menjelang 2026, sepertimana yang diumumkan Encik Wong dalam ucapan Belanjawannya pada Selasa (14 Feb).

Kenaikan tersebut akan dinaikkan secara berperingkat sepanjang empat tahun bermula September tahun ini.

Mulai September 2023, had gaji bulanan CPF akan meningkat sebanyak S$300 kepada S$6,300. Ia akan melonjak kepada S$6,800 dari Januari 2024, S$7,400 dari Januari 2025 dan S$8,000 dari Januari 2026.
MEMBAWA SKILLSFUTURE KE TAHAP LEBIH TINGGI

Pemerintah juga ingin membawa SkillsFuture ke tahap lebih tinggi, ujar Encik Wong.

Dalam ucapan Belanjawannya, Encik Wong mengumumkan bahawa penyepadu pekerjaan-kemahiran akan dilantik untuk bekerjasama dengan rakan industri, latihan dan pemudahan pengambilan pekerja bagi mengoptimumkan penempatan latihan dan pekerjaan.
Ia adalah sekadar "satu langkah" sahaja dan Pemerintah sedang mempertimbangkan bagaimana untuk membawa SkillsFuture ke tahap seterusnya, termasuk memberi bantuan kepada para pekerja lebih lanjut usia.

GAJI PROGRESIF

Menjawab pertanyaan sama ada gaji progresif boleh membantu pekerja untuk menyesuaikan diri atau ingin memperbaiki siri supaya mereka dapat meraih pendapatan lebih tinggi, Encik Wong menjelaskan bahawa pemadanan pekerjaan dengan minat dan keupayaan individu adalah penting.

"Jika mereka menemui pemadanan yang baik, mereka akan rasa didampingi, mereka akan terus belajar dan gaji progresif akan sangat membantu mereka kerana idea gaji progresif pada dasarnya, adalah untuk membantu mereka melatih semula, meningkatkan kemahiran sepanjang tangga kerjaya itu dan gaji mereka dijangka terus meningkat," katanya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan