Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had baru dilaksanakan bagi bahan tambahan petrol, diesel

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengenakan had baru bagi tambahan bahan pembakar untuk meningkatkan lagi mutu udara dan kesihatan awam di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2018 08:50PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 12:13AM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengenakan had baru bagi tambahan bahan pembakar untuk meningkatkan lagi mutu udara dan kesihatan awam di negara ini.

Bermula 1 Julai tahun depan, semua minyak petrol dan diesel yang dijual di Singapura perlu mematuhi had-had baru itu.

Bagi minyak petrol, had akan dikenakan ke atas bahan penambah metanol dan mangan manakala penggunaan fosforus diharamkan sama sekali.

Metanol menghasilkan bahan yang boleh menyebabkan barah manakala mangan dan fosforus pula boleh merosakkan alat pengubah mangkin kenderaan dan menyebabkan pengeluaran asap yang banyak.

Bagi minyak diesel pula, had akan dikenakan ke atas asid lemak metil ester (FAME) dan mangan.

Menurut NEA, FAME meningkatkan pengeluaran nitrogen oksida yang boleh menaikkan risiko jangkitan pernafasan dan membentuk lapisan ozon. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan