Had baharu penghuni rumah sewa tidak mungkin naikkan kos penyelenggaraan: Tan Kiat How
Pihak berkuasa tidak menjangkakan kos operasi dan penyelenggaraan bagi ruang-ruang bersama di flat-flat perumahan awam akan meningkat dengan ketara.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Pihak berkuasa tidak menjangkakan kos operasi dan penyelenggaraan bagi ruang-ruang bersama di flat-flat perumahan awam akan meningkat dengan ketara.
Ini meskipun had penghuni rumah sewa dinaikkan daripada enam kepada lapan penghuni yang tidak ada kaitan antara satu sama lain.
Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How menjawab soalan yang diajukan oleh beberapa Anggota Parlimen mengenai pengumuman HDB pada Disember lalu yang bertujuan meredakan permintaan rumah sewa.
"Kerana jumlah penghuni rumah sewa naik daripada enam kepada lapan, secara asasnya ia meningkat, jika semua orang melaksanakan perubahan itu, ia merupakan kenaikan 33 peratus.
"Jadi dengan adanya garis panduan baharu berhubung jumlah penghuni rumah sewa, ia tentu sekali akan meningkatkan penggunaan infrastruktur, jadi siapa yang bertanggungjawab untuk membiayai kos berkaitan dengan penyelenggaraan lebih tinggi dalam peningkatan kemudahan di blok-blok HDB yang terjejas?" soal Cik Foo Mee Har, AP GRC West Coast.
"58,000 daripada keseluruhan flat HDB disewa, dan ini hanya sekitar 5 peratus daripada anggaran sejuta flat yang dijual di merata Singapura.
"Dan daripada 58,000 flat HDB yang disewa, hanya 16 peratus disewa kepada enam penghuni rumah sewa yang tidak ada kaitan antara satu sama lain.
"Jadi, sebahagian besarnya di estet-estet kejiranan, majoriti adalah rumah-rumah yang diduduki pemiliknya sendiri dan sekali lagi, saya katakan bahawa kita juga tidak pasti sama ada semua penghuni dan penyewa rumah akan memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran itu."
Beberapa Anggota Parlimen yang lain juga mengemukakan soalan tentang kemungkinan meningkatnya jumlah aduan berkaitan dengan gangguan atau bunyi bising dengan adanya lebih ramai penghuni rumah sewa.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.