Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab rekreasi baru di Keat Hong dilancar; sesuai bagi warga emas, golongan kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2022 06:26PM Dikemas Kini : 19 Jun 2022 09:40PM
SINGAPURA:Penduduk Keat Hong kini mempunyai sebuah hab rekreasi baru.

Hab tersebut sesuai digunakan setiap lapisan masyarakat termasuk warga emas dan golongan kurang upaya.

Arena di Keat Hong menampilkan ciri-ciri mesra golongan kurang upaya agar mereka mendapat akses lebih mudah.

Ia juga mempunyai kemudahan berteknologi tinggi seperti dinding bola sepak interaktif, gimnasium serba guna dan taman permainan yang besar.

Hab tersebut dibina selepas rundingan dengan penduduk dan beberapa pemimpin akar umbi.

Lebih 10,000 penduduk menghadiri pelancarannya pada Ahad (19 Jun) yang menampilkan 10 kegiatan sukan di merata Keat Hong.

Dengan kemudahan baru itu, penduduk diharap dapat memanfaatkan peluang untuk berinteraksi serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Sumber : CNA/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan