Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab Rangkaian Kampung Eunos dijadual siap pada 2025; bakal sediakan khidmat sehenti bagi warga emas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 May 2023 07:14PM Dikemas Kini : 15 May 2023 06:25PM

SINGAPURA: Warga emas di kawasan Geylang Serai boleh menjangkakan sebuah pusat kesihatan sehenti yang dijadual siap pada 2025.

Rangkaian Kampung Eunos, hab terbaru itu bakal memberikan warga emas akses lebih mudah kepada khidmat serta program yang disediakan oleh agensi khidmat sosial seperti Pusat Penuaan Aktif Tembusu.

Anggota Parlimen bagi kawasan tersebut Fahmi Aliman berkata, dengan menyatukan pelbagai sumber, para penduduk boleh dibantu dengan cara yang lebih tersasar. 

"Kami melakarkan pelan untuk membawa agensi masyarakat dari pelbagai sektor membantu warga-warga senja kita di sini, untuk memberikan mereka satu harapan atau satu ketenangan bagaimana mereka akan dapat membuat senaman dengan lebih bagus lagi. 

"Ia juga akan memberikan mereka satu ruang untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain agar mereka akan menjadi lebih sihat dan lebih bahagia lagi di waktu mereka menua nanti," kata Encik Fahmi semasa ditemui di Karnival Kesihatan dan Kesejahteraan Kampung Eunos, yang dihadiri lebih 300 penduduk.

Para warga emas turut cuba berbasikal 3D, serta pertandingan tinju realiti maya.

Selain kegiatan untuk warga emas, terdapat juga kelas membuat roti untuk golongan kurang upaya demi memberikan mereka kemahiran menyara hidup.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan