Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab perusahaan The Foundry dilancar, tempatkan 14 badan sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Hab perusahaan The Foundry dilancar, tempatkan 14 badan sosial

(Gambar: Facebook/SLA)

Diterbitkan : 29 Nov 2024 07:13AM Dikemas Kini : 29 Nov 2024 07:14AM
SINGAPURA: Para penderma telah mengumpulkan lebih S$10 juta untuk membantu menubuhkan The Foundry.

Hab sosial baharu itu akan memberi sokongan kepada 14 pertubuhan yang berusaha menangani cabaran-cabaran masyarakat.

Namun ada rancangan untuk meluaskan sokongannya kepada 24 pertubuhan.

The Foundry dilancarkan Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Khamis malam (28 Nov).

"Ini adalah contoh kerjasama yang sangat baik, pertama, kerjasama antara sektor bukan untung, Majurity Trust, bersama-sama dengan pemerintah dan lembaga Tote. Juga contoh kerjasama baik antara kumpulan bukan meraih untung yang berbeza, agensi perkhidmatan sosial yang berbeza, kerana ini adalah ruang yang bukan sahaja menyatukan orang ramai, ia juga membantu mereka mengeram idea," katanya.

Terletak di Prinsep Link, hab sosial itu menyediakan sumber-sumber yang dikongsi, bagi membantu pertubuhan-pertubuhan tidak mengaut untung untuk menguji idea dan memacu inovasi.

Kemudahan-kemudahan di bekas pejabat Jabatan Pilihan Raya itu termasuk dewan acara 100 tempat duduk dan bilik-bilik latihan.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan