Skip to main content

Singapura

Hab NS dibuka di Bukit Panjang pada 2023, terbuka kepada orang ramai

Sebuah Hab Perkhidmatan Negara (NS) dengan ciri-ciri teknologi bijak dan bangunan-bangunan yang cekap dalam penggunaan daya tenaga, akan siap menjelang 2023. Ini diumumkan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di majlis pecah tanah Hab NS pada Isnin petang (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2019 07:58PM Dikemas Kini : 25 Nov 2019 11:17PM

SINGAPURA: Sebuah Hab Perkhidmatan Negara (NS) dengan ciri-ciri teknologi bijak dan bangunan-bangunan yang cekap dalam penggunaan daya tenaga, akan siap menjelang 2023.

Ini diumumkan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di majlis pecah tanah Hab NS pada Isnin petang (25 Nov).

Terletak di hadapan stesen MRT Cashew, berhampiran ibu pejabat MINDEF dekat Bukit Gombak, pusat sehenti itu akan menawarkan perkhidmatan seperti pendaftaran NS, IPPT dan pemeriksaan perubatan sebelum memulakan NS.

Orang ramai juga boleh menggunakan kemudahan-kemudahan seperti kedai makanan dan minuman, pusat tajaka dan kawasan bersenam di pusat itu.

Ciri-ciri bijak seperti aplikasi telefon bijak pula akan memudahkan untuk membuat temu janji.

Selain itu akan ada teknologi mengecam wajah yang menurut MINDEF, akan mengurangkan masa menunggu sebanyak 30 peratus.

Hab NS juga akan menggunakan panel-panel suria bagi mengurangkan pelepasan gas karbon.

Bangunan-bangunannya yang mesra alam dijangka akan membantu menjimatkan lebih S$700,000 bil elektrik setiap tahun.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita