Hab Masyarakat Joo Chiat baharu akan dilengkapi ruang kerja bersama, gim & teater
Anggaran Waktu Membaca:
- Hab masyarakat baharu di Upper East Coast akan menempatkan ruang kerja bersama, teater dan kemudahan sukan seperti gim dan trek joging.
- Terletak di Upper East Coast Road, Hab Masyarakat Joo Chiat akan menggantikan Balai Rakyat Siglap South yang berusia 65 tahun di Palm Road dengan saiz hab baharu itu tiga kali ganda lebih besar.
- Tiga tema utama yang sentiasa dibangkitkan ialah sukan, seni dan "ruang inovatif" di mana orang ramai boleh berkumpul untuk bekerjasama, tambahnya.
- Kos akhir projek itu masih belum ditentukan, tetapi Edwin Tong berkata ia akan dikongsi antara pembiayaan pemerintah, Lembaga Tote dan pengumpulan dana oleh masyarakat.
SINGAPURA: Hab masyarakat baharu di Upper East Coast akan menempatkan ruang kerja bersama, teater dan kemudahan sukan seperti gim dan trek joging.
Terletak di Upper East Coast Road, Hab Masyarakat Joo Chiat akan menggantikan Balai Rakyat Siglap South yang berusia 65 tahun di Palm Road dengan saiz hab baharu itu tiga kali ganda lebih besar.
Semasa menghadiri satu acara masyarakat pada Sabtu (18 Jan) yang memberikan "gambaran" tentang reka bentuk hab tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkongsi bahawa rancangan itu dilakar selepas mengadakan rundingan secara meluas dengan para penduduk supaya mereka berasa "selesa" menggunakan ruang itu.
"Kami berbincang secara meluas, bertanya kepada para penduduk tentang apa yang mereka mahu lihat di sini, apa yang mereka rasa selesa untuk diri mereka, apa yang mereka minati," kata Encik Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade.
Tiga tema utama yang sentiasa dibangkitkan ialah sukan, seni dan "ruang inovatif" di mana orang ramai boleh berkumpul untuk bekerjasama, tambahnya.
Salah satu ciri utama ialah gimnasium dan trek joging dengan pemandangan yang indah, menurut Pejabat Kawasan Undi Joo Chiat dalam kenyataan medianya.

Hab itu akan menempatkan sebuah dewan sukan, atrium serba guna dan ruang kerja bersama.
Sebuah teater dan studio 'jamming' akan menyediakan ruang untuk muzik dan seni. Terdapat juga lebih daripada 200 tempat letak kereta.
Antara 2020 dan 2024, beberapa ribu penduduk Joo Chiat telah didampingi untuk mendapatkan pandangan dan pendapat mengenai hab masyarakat itu, menurut pejabat tersebut.
“Lebih penting daripada reka bentuk yang baik adalah untuk pusat bersepadu baharu itu relevan kepada masyarakat kami dan dapat memenuhi keperluan dan aspirasi penduduk kami yang semakin berkembang. Projek ini benar-benar dibentuk untuk masyarakat di sini,” kata Encik Tong.

Hab baharu itu bagaimanpun tidak akan dilengkapi dengan pusat penjaja. Ini kerana sudah ada banyak kedai makan di kawasan itu, kata Encik Tong.
"Kami merasakan bahawa kami berada di tengah-tengah ruang di mana makanan terbaik di bahagian timur Singapura sudahpun ada di depan pintu kami. Jadi kami bekerja dengan kedai kopi kami, jiran kami, kedai makan, kafeteria, kedai kopi dan menggabungkan semuanya sebagai sebahagian daripada pembangunan ini,” katanya lagi.
Kos akhir projek itu masih belum ditentukan, tetapi Encik Tong berkata ia akan dikongsi antara pembiayaan pemerintah, Lembaga Tote dan pengumpulan dana oleh masyarakat.
Source: CNA/sn

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.