Hab masyarakat baharu di Bedok North siap jelang hujung 2025, dilengkapi dengan pusat terapi kucing
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: City Sprouts
SINGAPURA: Sebuah hab masyarakat baharu di Bedok North akan menempatkan prasarana seperti dapur bagi perniagaan dari rumah (HBB) untuk bereksperimentasi dengan resipi dan mengendalikan bengkel masakan.
Di samping itu, hab tersebut turut dijangka dilengkapi sebuah pusat terapi bagi orang ramai untuk berinteraksi dengan kucing yang diselamatkan.
Rancangan bagi hab masyarakat baharu tersebut didedahkan Persatuan Rakyat (PA) dan perusahaan sosial City Sprouts pada Sabtu (18 Jan).
Terletak di bekas tapak Balai Rakyat Kampong Chai Chee di Bedok North Avenue 1, hab masyarakat itu akan berwajah baharu sebagai "Hab Masyarakat Antara Generasi yang bertenaga, mampan dan inklusif", jelas PA dan City Sprouts dalam satu kenyataan media bersama.
Kemudahan lain termasuk sebuah kebun masyarakat untuk penduduk menanam tanaman mereka sendiri, sebuah dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk sukan dan acara, sebuah studio rakaman podcast masyarakat dan sebuah ruang kerja bersama bagi syarikat pemula serta usahawan baharu.
Terdapat juga ruang yang dilengkapi dengan pencetak 3D, pemotong laser dan 'plotter' digital untuk kanak-kanak dan belia mempamerkan daya kreativiti mereka.
City Sprouts telah dipilih sebagai penyewa utama dan pengendali kemudahan itu oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Disember tahun lalu.
Ia akan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti MENDAKI, Masjid Al-Ansar, sekolah pickleball Play! Pickle, serta VIVITA Singapore, sebuah pertubuhan yang mengendalikan program kreatif khususnya untuk kanak-kanak.

RUANG "ANTARA GENERASI"
Hab baharu tersebut adalah sebahagian daripada Pelan East Coast, yang pertama kali diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semasa ucapan hari penamaan calonnya menjelang pilihan raya umum pada 2020.
Pelan itu bertujuan untuk melaksanakan inisiatif-insisiatif baharu bagi mewujudkan masyarakat yang lebih penyayang, bersemangat dan mesra hijau.
Semasa ucapannya pada Sabtu, Anggota Parlimen bagi GRC East Coast Tan Kiat How, yang mewakili kawasan Kampong Chai Chee, berkata bahawa penduduknya telah berkongsi dengannya keinginan mereka agar Balai Rakyat Kampong Chai Chee yang lama diubah suai untuk memenuhi keperluan pelbagai mereka dengan lebih baik.
Konsep ruang itu dihasilkan selepas berbulan-bulan menjalankan tinjauan dan temu bual dengan penduduk dan rakan kongsi masyarakat, menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan media tersebut, penduduk yang lebih berusia mengatakan mereka ingin menggunakan ruang itu untuk mengeratkan hubungan masyarakat, terutamanya dengan penduduk yang lebih muda. Belia yang ditinjau pula mengatakan mereka mahu ruang di mana mereka mampu memperkasa kemahiran baharu, melibatkan diri dalam kegiatan yang bermakna dan membangunkan program masyarakat bersama-sama.
Encik Tan menggalakkan belia yang tinggal di sekitar East Coast untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk kerelevanan Hab Masyarakat Antara Generasi masa depan bagi diri mereka serta masyarakat mereka.
Bercakap kepada media pada Sabtu, Encik Tan menarik perhatian bahawa profil penduduk di Bedok dan Kampong Chai Chee telah berubah, dengan lebih banyak keluarga muda sudahpun berpindah ke sana.
"Ini adalah peluang di mana kita boleh menggunakan semula beberapa bangunan sedia ada yang telah dikosongkan dan disuntik semula nafas baharu bagi keperluan masyarakat, dan ini adalah sesuatu yang telah kita usahakan bersama-sama dengan penduduk sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
"Kami mahukan ruang ini, di mana datuk nenek juga boleh membawa cucu mereka (dan menjalinkan) ikatan hubungan antara generasi."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.