Hab ladang dan penyelidikan baru bantu hasil tanaman berdaya tahan iklim
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah kemudahan baru kendalian sebuah syarikat pemula tempatan kini menjadikan menanam safron di Singapura satu realiti.
Dengan menggunakan teknologi genom pertanian yang mengubah genom tanaman, para petani kini boleh menghasilkan tanaman yang berdaya tahan iklim.
Ini membolehkan Singapura membina daya tahan makanan demi mengurangkan kesan terhadap gangguan pada bekalan makanan dari luar negara.
Kemudahan pertanian itu adalah satu peningkatan pada premisnya yang sebelum ini terletak di Henderson.
Dengan ruang yang lebih besar, ia dijangka dapat menuai 500 kilogram tanaman setiap bulan - satu tambahan 30 peratus berbanding sebelum ini.
Dengan memanfaatkan teknologi, tanaman seperti buah strawberi boleh tumbuh pada suhu yang lebih tinggi sepanjang tahun.
Ladang itu juga akan dijadikan sebagai sebuah hab penyelidikan, membolehkan pasukan syarikat itu mengubah genom tanaman untuk mengatasi perubahan iklim.
"Memandangkan keluasan tanah kami terhad, ladang di Singapura harus memanfaatkan sepenuhnya ruang pertanian kami. Saya berbesar hati mendapati bahawa Syarikat Singrow menggunakan teknologi genom pertanian untuk memperbaiki hasil dan tanaman.
"Ini membolehkan tanaman di Singapura tumbuh dengan cara yang cekap tanpa membazir sumber dan menghasilkan pelbagai tanaman yang tahan penyakit dan iklim. Ia boleh digunakan untuk tanaman lain seperti padi, jagung, minyak sawit mampan dan sayur-sayuran ruji lain," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan.
Syarikat Singrow juga sudah memeterai perjanjian dengan Malaysia dan Thailand.
Di bawah perjanjian itu, para petani serantau yang terjejas akibat perubahan iklim boleh mendapatkan akses kepada teknologi berkenaan.
Ini sekali gus membolehkan mereka meningkatkan kecekapan dan daya penghasilan tanaman.

Sumber : CNA/AI/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.