Hab khidmat sosial bersepadu pertama dilancarkan di pusat beli belah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hab perkhidmatan bersepadu pertama bagi warga emas dan penjaga yang terletak di dalam pusat membeli-belah dilancarkan hari ini (24 Ogos).
Hab tersebut, yang dibiayai oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), merupakan salah satu daripada tiga projek bertema yang akan mengumpulkan agensi-agensi khidmat sosial yang akan bekerjasama dalam perkhidmatan pusat sehenti.
Pusat yang terletak di dalam pusat membeli-belah Chinatown Point itu dinamakan JiaYou.
"Keputusan untuk menempatkan pusat khidmat bersepadu ini di dalam kemudahan yang juga mempunyai kedai-kedai komersil, ia memudahkan urusan harian penduduk, di mana mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jadi saya mengalu-alukan penambahan kepada ekosistem jagaan di kawasan Kreta Ayer," kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo.
"Kawasan ini mudah diakses. Terdapat MRT, bas, segalanya, dan bagi warga emas seperti kita, kebanyakan daripada kita mempunyai masalah berjalan," kata seorang penduduk, Jeniffer Lam.
Di pusat perintis tersebut, Monfort Care, Khidmat Masyaratkat Fei Yue, dan Pusat Jagaan Yong-en berganding bahu untuk menyalurkan kepakaran mereka untuk menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.
Ini termasuk gimnasium yang menawarkan program kesihatan, bengkel kemahiran, perancangan masa depan serta kaunseling.
"Jadi, ini adalah percubaan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan, untuk menyatukan agensi perkhidmatan sosial kami, kerana kami percaya ia sangat penting bagi mereka untuk bekerjasama dan menyediakan perkhidmatan ini kepada para pengguna," kata Tan Li San, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCSS.
Di JiaYou, kedua-dua penjaga dan warga emas mempunyai kumpulan sokongan untuk membina hubungan sosial dan memupuk minda positif.
NCSS menggesa lebih ramai agensi perkhidmatan sosial untuk ke hadapan supaya dapat bekerja sama antara satu sama lain, dan menambah bahawa ia akan membiayai projek yang memberi kesan positif terhadap keperluan masyarakat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.