Skip to main content

Singapura

Hab Khidmat Pengupayaan ketiga dibuka di Jurong, dekatkan sokongan bagi golongan kurang upaya

Sekitar 2,000 individu kurang upaya yang tinggal di kawasan barat boleh mendapatkan khidmat sokongan dan program pembelajaran yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 May 2026 07:45PM Dikemas Kini : 09 Jun 2026 02:12PM
  • Hab Khidmat Pengupayaan (ESH) ketiga dilancarkan di Jurong untuk membantu sekitar 2,000 individu kurang upaya di kawasan barat Singapura.
  • Pusat ini dikendalikan oleh Khidmat Masyarakat TOUCH dan menawarkan sekitar 300 program serta kegiatan, termasuk latihan kemahiran hidup dan bengkel untuk penjaga.
  • ESH terletak di Kelab Masyarakat Taman Jurong, menyediakan ruang khas dan akses kepada kemudahan komuniti serta kedai-kedai berhampiran.
  • Anggota Parlimen Shawn Huang menyatakan harapan untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi membantu individu kurang upaya mendapatkan pekerjaan.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sekitar 2,000 individu kurang upaya yang tinggal di kawasan barat boleh mendapatkan khidmat sokongan dan program pembelajaran yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Ini menerusi pelancaran Hab Khidmat Pengupayaan (ESH) yang ketiga di Singapura, yang terletak di Jurong.

Hab itu merupakan tapak rujukan masyarakat di mana para penjaga boleh mengakses maklumat dan rujukan daripada pelbagai penyedia khidmat.

Pusat yang dikendalikan Khidmat Masyarakat TOUCH itu menyediakan sekitar 300 program dan kegiatan.

Ini termasuk membina kemahiran menjalani kehidupan harian, hingga bengkel-bengkel sokongan bagi para penjaga.

Pusat ESH baharu itu, yang terletak di dalam Kelab Masyarakat Taman Jurong, mempunyai ruang-ruang khusus untuk mengendalikan pelbagai program, selain kemudahan khas seperti bilik tenang.

"Kelebihan menyepadukan ESH dengan Taman Jurong CC ialah ia juga mampu mengakses keseluruhan kemudahan CC tersebut. Dewannya, auditorium, ruang terbuka dan juga memanfaatkan pasar serta kedai-kedai berhampiran.

"Apa yang kami cuba lakukan ialah kami akan dekati sebahagian gedung di sini dan juga kedai-kedai. Seperti yang anda tahu, Taman Jurong adalah tempat yang sangat unik. Ia dekat dengan kawasan perindustrian, dan saya harap dapat bekerjasama dengan ESH juga untuk mendekati syarikat perusahaan di sini, untuk meninjau bagaimana kita boleh membantu mereka lebih baik lagi untuk mendapatkan pekerjaan," kata Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West-Coast-Jurong West, Shawn Huang.
Sumber : CNA/DY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita