Hab kesihatan serantau pertama lancar 'jagaan kesihatan sehenti' bagi anggota SAF
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah hab kesihatan baru di Kem Kranji III akan menyediakan jagaan kesihatan sehenti bagi kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di daerah Choa Chu Kang dan Mandai.
Pusat itu yang dilancarkan Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How, adalah yang pertama daripada enam kemudahan serupa yang akan dibina di merata Singapura.
Ia bakal memberikan sokongan kepada lebih 60 ribu kakitangan SAF.
Ia adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan mutu jagaan dan menjadikan jagaan kesihatan lebih mudah diakses.
Sebuah bilik kecemasan dan 10 bilik bertemu doktor disediakan.
Terdapat juga khidmat penuh bagi menjalankan imbasan X-Ray.
Pusat di Kranji tersebut juga lengkap dengan pusat rawatan pergigian terbesar dengan enam bilik pembedahan.
Pusta perubatan itu juga siap untuk menangani pandemik, dengan bilik-bilik pengasingan disediakan.
Ia juga menawarkan khidmat perubatan dalam talian, sementara sistem bekalan ubat-ubatan adalah secara automatik untuk mengurangkan risiko kesilapan.
Dengan sistem perubatan baru itu, ia memberi saya peluang untuk meluangkan masa bagi pesakit kami, untuk menjawab segala soalan mereka tentang perubatan ataupun lain-lain perkara.

Sumber : CNA/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.