Skip to main content

Singapura

Hab Jagaan warga emas pertama dilancarkan di Hab Tampines Kita

Warga tua di bahagian timur Singapura kini boleh menerima sokongan masyarakat dan jagaan kesihatan lebih baik dengan pelancaran Hab Jagaan warga emas pertama di Hab Tampines Kita.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Sep 2018 05:36PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 11:53PM

SINGAPURA: Warga tua di bahagian timur Singapura kini boleh menerima sokongan masyarakat dan jagaan kesihatan lebih baik dengan pelancaran Hab Jagaan warga emas pertama di Hab Tampines Kita.

Hab tersebut merangkumi tiga kemudahan yang berkongsi sumber-sumber bagi membantu pesakit menerima rawatan tanpa perlu mengulangi latar belakang perubatan mereka.

Hab tersebut menghubungkan khidmat jagaan kesihatan dan sosial bagi membantu warga emas mengharungi usia senja dengan tenang di rumah menerusi pelan jagaan menyeluruh.

Contohnya warga emas bukan kes kritikal, boleh dirujukkan ke Klinik Perubatan Keluarga Tampines bagi mendapatkan penilaian geriatrik yang menyeluruh.

Sekiranya mereka memerlukan fisioterapi atau kaunseling, mereka akan dirujukkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Eastern.

Mereka yang perlukan jagaan jangka panjang pula akan didaftarkan bagi jagaan siang hari di Pusat St Andrew's atau pemulihan masyarakat agar mereka boleh berinteraksi dengan warga senja yang lain.

Bagaimanapun kunci kepada penuaan yang baik adalah untuk kekal aktif.

Misalnya dengan bersenam atau melakukan kegiatan perkebunan di atas bumbung.

Pemerintah merancang untuk menubuhkan lebih banyak hab jagaan warga emas di estet-estet perumahan lain.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita