Hab Islam Singapura lambang perpaduan masyarakat Islam SG
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, David Neo, melakukan lawatan ke Hab Islam Singapura (SIH) pada Isnin (15 Sep), di mana beliau meninjau tiga kemudahan yang menyediakan khidmat bagi masyarakat Islam setempat.
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, David Neo (tujuh dari kiri) bergambar semasa melakukan lawatan ke Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah pada 15 September 2025. (Gambar: Fadcebook/MUIS)
Menariknya, kesemua kemudahan tersebut berkongsi satu poskod.
Lawatan Encik Neo menekankan komitmen Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam bekerjasama rapat dengan MUIS bagi memperkukuh perpaduan sosial negara dan memastikan setiap warga dihargai, didengarkan dan berupaya untuk menyumbang kepada masa depan secara bersama.
Lawatan itu juga memberi tumpuan kepada peranan SIH sebagai pusat sehenti untuk masyarakat Muslim mendapatkan bimbingan agama, pendidikan dan ruang beribadah.
TIGA INSTITUSI, SATU MASYARAKAT
SIH menempatkan tiga institusi penting, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Masjid Muhajirin dan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, yang berkongsi satu poskod. Ini merupakan sesuatu yang simbolik bagi perpaduan masyarakat Islam tempatan.
MUIS memainkan peranan utama dalam membimbing serta menyokong kehidupan masyarakat beragama Islam.
Masjid Muhajirin pula menjadi pusat ibadah dan pertemuan yang menyatukan masyarakat.
Sementara itu, Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah mendidik generasi muda melalui pendidikan Islam.
Peranan ketiga-tiga institusi tersebut saling berkait rapat. Maka itu, tidak hairanlah kesemuanya berkongsi satu poskod, melambangkan perpaduan yang saling melengkapi dalam membina masyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.