Hab inovasi AI baharu Dell sasar latih 10,000 pelajar dan karyawan jelang hujung tahun
Dell Technologies melancarkan sebuah hab inovasi kecerdasan buatan (AI) yang baharu dengan tujuan untuk meningkatkan penggunaan AI di Singapura dan rantau ini.
Inisiatif tersebut merupakan lanjutan daripada hab inovasi globalnya.
Dari segi latihan, pusat itu menjalin kerjasama dengan 10 Institut Pengajian Tinggi untuk menerapkan kemahiran seperti kejuruteraan AI, operasi pembelajaran mesin dan teknologi cloud.
Menurut pihak Dell, menjelang akhir tahun ini, ia akan melengkapkan sekitar 10,000 pelajar dan karyawan di pertengahan kerjaya dengan kemahiran teknologi.
Objektif hab baharu itu termasuk transformasi dan kepimpinan AI, yang bertujuan untuk memperkasa orang ramai menggunakan AI dengan penuh yakin.
Sebuah makmal pusat bagi kecemerlangan turut melengkapi hab tersebut.
Ia merupakan yang terbaharu daripada lebih 40 pusat sedemikian yang dibangunkan di sini sejak 2023.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan 100 pusat sedemikian menjelang 2028.
Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menyatakan, inisiatif sedemikian membantu syarikat-syarikat meningkatkan daya penghasilan dan mencipta produk AI yang berdaya saing dan boleh dikembangkan ke peringkat serantau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.