Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab bersepadu 'One Punggol' diumumkan

Bangunan lima tingkat One Punggol akan mempunyai pelbagai kemudahan seperti kelab masyarakat, perpustakaan, pusat penjaja dan kemudahan menjaga kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2021 06:44PM Dikemas Kini : 04 Dec 2021 10:36PM

SINGAPURA: Sebuah hab masyarakat bersepadu di Punggol akan dibuka secara bertahap-tahap mulai pertengahan tahun 2022.

Mengikut jadual asalnya hab One Punggol itu sepatutnya dibuka akhir tahun ini tetapi kerja membinanya terganggu oleh pandemik COVID-19.

Bangunan lima tingkat itu akan mempunyai pelbagai kemudahan seperti kelab masyarakat, perpustakaan, pusat penjaja dan kemudahan menjaga kanak-kanak.

Lebih 50 jenama dan peruncit berminat untuk beroperasi di One Punggol.

"Ini akan memenuhi keperluan segenap lapisan penduduk, tak kira muda mahupun tua, dan kami berharap mereka akan menikmati kemudahan ini dan ia akan menjadikan Punggol sebuah tempat yang mesra kepada semua," kata Menteri Kanan Teo Chee Hean hari ini (4 Dis) semasa upacara mengumumkan nama bangunan itu. 

Sumber : CNA/IA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan